ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, May 29, 2015

Alaf 21 Novel Terbaru : CINTA ATAS KERTAS - SHARIFAH ABU SALEM

ASSALAMUALAIKUM

Lamanya tak baca novel karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem. Zaman hostel dulu suka sangat baca novel Tak Seindah Mimpi dengan Tak Semanis Impian. Sampai lunyai novel. Muka surat depan novel tu siap ada list pembaca seterusnya lagi.. Berderet-deret. Hii Nasiblah sapa tuanpunya novel tu..haha

Kali ni ada novel baru lagi karya Sharifah Abu Salem..

CINTA ATAS KERTAS

Karya : Sharifah Abu Salem
Terbitan : Alaf 21
Tarikh Terbit : 22 Mei 2015
Halaman : 1008

Sinopsis :

Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya.

Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya.

Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai!

Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir.

Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci!
“Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.”

“Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”


Jom peminat-peminat novel, dapatkan Cinta Atas Kertas sekarang..


Monday, April 20, 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58

ASSALAMUALAIKUM

Kejapnya masa berjalan. Dah masuk bulan Rejab pun.. Alhamdulillah. Dan malam ni dah start majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.. Jom sama-sama kita hayati alunan ayat suci al-Quran dari qari dan qariah kita.


Majlis akan berlangsung seminggu bermula malam ini bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur dengan tema Perpaduan Nadi Transformasi Negara.. Bagi yang tak berpeluang ke sana, boleh saksikan siaran langsung majlis tilawah ini di RTM1 setiap malam..

Malam ini merupakan malam perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Jom sama-sama kita hayati bacaan ayat suci al-Quran.





 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah