ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, September 24, 2014

Makan Angin Di Perlis

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Hari Malaysia yang lepas, tiga family sebelah ayah kami konvoi pi Perlis. Jam 7.30 pagi kami gerak dari rumah menuju ke Wang Kelian. Keluar melalui exit Alor Setar Selatan dan ikut jalan lama ke Perlis. Dalam pukul 10 pagi sampailah kami kat Wang Kelian. Pertama kali untuk Syeeda. Selalu pi Padang Besar ja.. 

Memandangkan hari tu hari Selasa maka banyak kedai yang tak buka. Walaupun banyak kedai tak bukak barang yang dibeli boleh tahan banyaknya ok..hiii Siap tapau pulut ayam lagi.

Lepas tu kami bergerak pula ke Gua Kelam. Berkelah ramai-ramai, bestnya... Lepas makan, masuk Gua Kelam pulak. Harga tiket tak ingat pulak.. hii Air dok mengalir dalam gua tu kuat sungguh. 

Gua Kelam
Credit to Tourism Malaysia

Selapas solat bergerak pulak kami ke Taman Ular Perlis. Tahun lepas dah mai sini. Dan seperti biasa akan ada ular sawa yang diletakkan di hall. Sapa nak pegang, nak ambil gambar boleh aja.. Petangnya, kami ke Kuala Perlis pula. Alahai teringat kenangan belajaq kat uum.. dok mai amek angin tang ni la ramai-ramai dulu. Sebelum balik kita makan dulu..

Kuala Perlis
Credit to Tourism Malaysia

Lepas maghrib, kami pun bertolak balik. Yela esoknya kerja pulak..huhu

p/s : Kat mana lagi tempat percutian yang best?


Tuesday, September 9, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

ASSALAMUALAIKUM

Kalau dulu Syeeda rasa malas sangat nak belajaq tapi sekarang baru la rasa rindu nak belajaq balik. Menyesal pun ada sebab tak mengaji betul-betul. Bagi Syeeda pendidikan tu sangatlah penting. Pendidkan ni tak semestinya kat sekolah sahaja tapi kat rumah pun boleh. Tapi tu bukan alasan adik-adik tak mau pi sekolah ok..haha


Pendidikan ni dia merangkumi banyak  aspek. Macam pi sekolah tu wajib tau. Pendidikan agama lagi wajib. Dan ada jugak pendidikan sampingan contoh macam ilmu memasak, menjahit, bertukang dan sebagainya.

Tak kisahlah kan nak belajaq sampai SPM ataupun ijazah dan sebagainya. Yang penting menuntut ilmu itu, Kalau kita tak ada ilmu susah kan.. misalnya jika kita tak tahu mengira duit jadi akan mudahlah kita ditipu oleh orang lain.

Selain pendidikan duniawi, pendidikan agama juga penting sebagai bekalan untuk hidup di dunia dan di akhirat kelak. 

Konklusinya.. (ciplak ayat karangan sat) pendidikan tu sanglah penting.

tamat #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day7



 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah