ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, September 26, 2013

Bila Dia Buat Perangai


Assalamualaikum

Uit dah tengahari ka.. nasik tak masak lagi oii. Haha nak masak menda kat opis ni, dah waktu rehat pun. So berangan-angan jela nak makan sodap-sodap, kena diet sikit badan dah kembang.

Disaat Syeeda menaip entry ni, internet slow mlow nya. Nak wat kerja online memang tak boleh la tadi. Ni pun nasib baik dapat jugak menyelit masuk dalam blog jugak. Pasaipa internet ni buat perangai tak tau la pulak. Kalau aritu memang tak leh connect terus sebab da orang curi kabel. Aduhai wtpa la curi dik oi, sian la kat orang sama. Paling terjejas mestilah pejabat pos. Pejabat syeeda sederet dengan pejabat pos ja, jadi banyak perkhidmatan online diorang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Kesian pelanggan jugak.

Takpe lah sekali sekala dia nak buat perangai. Bukan selalu pun. Dia tak ada perasaan pun, yang penting kita ni yang kena sabar bila berhadapan dengan internet slow ni..hii Jangan cepat naik angin pulak. 

Tuesday, September 24, 2013

Makanan/Minuman Tambahan


Assalamualaikum

Sejak muka membengkak gara-gara produk tak sesuai dengan kulit ritu, saya serik nak try produk baru. Sekarang pun kulit masih dalam proses penyembuhan dan hanya bergantung pada ubat doktor bagi tempoh hari, muka pun xbercuci sebab takut bagi kesan buruk pulak. Aduhai dah trauma dibuatnya. Nasib xlekat parut.

Sekarang ni bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan produk makanan/minuman tambahan semakin popular di mana-mana saja. Memang saya dah terpaut dengan 1 produk ni, tapi itu la takut sejarah lama berulang kembali..hii 


Saya berminat bukan sekadar nak cantikkan kulit. Tapi matlamat utama nak sihatkan tubuh badan ni. Korang ada guna apa2 produk tak? JOM SHARE SINI.. 


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah