PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, April 30, 2015

Ubati Kekecewaan dalam Percintaan

ASSALAMUALAIKUM

Semua orang pernah kecewa tak terkecuali lah Syeeda nie. Kecewa dalam bercinta memang la pernah jugak. Makan tak lalu , nak buat kerja pun tak da mood.. so stress wooo. 

Selalunya bila kecewa dalam percintaan ni, wanita termasuklah Syeeda nie rasa sangat sedih..huhu Yela sedang syok melayari alam percintaan tetiba terputus di tengah jalan. Rasa down sangat.. Tapi jangan sampai perasaan tu dibiarkan sedih lama-lama sangat. Kena redha ok. Kehidupan mesti diteruskan. Yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.


Bagi yang sedang kecewa bercinta, ni ada tips macam mana nak buang kesedihan tu.. InsyaAllah dapat membantu sedikit..

1. Membaca Surah Yassin
2. Solat Sunat Tahajud
3. Perbanyakkan Istigfar dan Berzikir
4. Elakkan mendengan lagu bertema kekecewaan
5. Sentiasa ingat ALLAH

Sumber : Blog Aku Islam

Apa-apa pun berbalik pada DIA yang satu. Cintai Rasul, Cintai Allah insyaAllah hidup akan lebih tenang. Lupakan si dia dan berdoalah semoga Allah mempertemukan kita dengan jodoh yang lebih baik. 

Buangkan kekecewaan, bangkit dan bina semula kekuatan.

Yakin setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH. 

Barang yang lepas usah dikenang..




Monday, April 20, 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58

ASSALAMUALAIKUM

Kejapnya masa berjalan. Dah masuk bulan Rejab pun.. Alhamdulillah. Dan malam ni dah start majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.. Jom sama-sama kita hayati alunan ayat suci al-Quran dari qari dan qariah kita.


Majlis akan berlangsung seminggu bermula malam ini bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur dengan tema Perpaduan Nadi Transformasi Negara.. Bagi yang tak berpeluang ke sana, boleh saksikan siaran langsung majlis tilawah ini di RTM1 setiap malam..

Malam ini merupakan malam perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Jom sama-sama kita hayati bacaan ayat suci al-Quran.





Thursday, April 2, 2015

Punca Tekanan di Tempat Kerja


ASSALAMUALAIKUM

Tetiba tertarik pulak dengan topik stress kat tempat kerja. Pasti ada yang pernah alami kan.. Syeeda pun tak terkecuali.. Dulu masa study, memang budak-budak hr kena study pasal kes ni.. benda yang nampak biasa tapi sangat penting untuk kita ambik tau..



Ada satu video situasi kat luaq negara, pekerja yang terlalu stress tak mampu kawal emosi depa sampaikan boleh membahayakan rakan sekerja lain.. Ada yang baling telefon contohnya dan macam-macam lagi. Oleh sebab tu pekerja dan majikan perlu pandang serius tentang masalah ni.. Antara punca berlaku tekanan kat tempat kerja ialah :

Jenis Pekerjaan
Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan dalam organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.

(Sumber : Pusat Maklumat Kerjaya)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...