PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, November 4, 2014

Pertama Kali Makan Tosai

ASSALAMUALAIKUM

Walaupun dah bertahun duk pi makan nasik kandaq tapi ni baru first time nak try tosai. Selalu dok order roti canai tak roti canai roti telur. Capati pernah la dua tiga kali memang sedaplah sampai licin kuah. 

Lepas interbiu dan renew lesen kat jpj rabu lepas, ayah bawak pi makan kat kedai mamak. Orang tak menyoroq (sarapan) pagi tadi memang lapar sangat-sangat la kan. Dan memandangkan belum tengahari jadi pesan makanan yang ringan-ringan saja. 

credit : Google

Dek teringin nak try tosai maka order lah sepinggan tosei dengan secawan teh ais. Ayah pulak order roti telur ngan susu lembu suam. Tak lama tunggu sampailah tosei.. oOOoo camni ka rupa tosai awat ada tiga kuah..hii nampak sangat jakun tak pernah makan.. Dahlah punya besaq tosai.. bolehkah habis ni??? 

Dah masuk mulut awat pulak rasa masam.. ishh hati tak tenang dah.. haha tanya ayah tosai memang masam ka.. La rupanya tosai memang masam la cek oii. Punyalah tak pernah makan camni lah jadiknya. Last-last tak abih pun.. sebab banyak sangat..Hihiii



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...