PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, September 24, 2014

Makan Angin Di Perlis

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Hari Malaysia yang lepas, tiga family sebelah ayah kami konvoi pi Perlis. Jam 7.30 pagi kami gerak dari rumah menuju ke Wang Kelian. Keluar melalui exit Alor Setar Selatan dan ikut jalan lama ke Perlis. Dalam pukul 10 pagi sampailah kami kat Wang Kelian. Pertama kali untuk Syeeda. Selalu pi Padang Besar ja.. 

Memandangkan hari tu hari Selasa maka banyak kedai yang tak buka. Walaupun banyak kedai tak bukak barang yang dibeli boleh tahan banyaknya ok..hiii Siap tapau pulut ayam lagi.

Lepas tu kami bergerak pula ke Gua Kelam. Berkelah ramai-ramai, bestnya... Lepas makan, masuk Gua Kelam pulak. Harga tiket tak ingat pulak.. hii Air dok mengalir dalam gua tu kuat sungguh. 

Gua Kelam
Credit to Tourism Malaysia

Selapas solat bergerak pulak kami ke Taman Ular Perlis. Tahun lepas dah mai sini. Dan seperti biasa akan ada ular sawa yang diletakkan di hall. Sapa nak pegang, nak ambil gambar boleh aja.. Petangnya, kami ke Kuala Perlis pula. Alahai teringat kenangan belajaq kat uum.. dok mai amek angin tang ni la ramai-ramai dulu. Sebelum balik kita makan dulu..

Kuala Perlis
Credit to Tourism Malaysia

Lepas maghrib, kami pun bertolak balik. Yela esoknya kerja pulak..huhu

p/s : Kat mana lagi tempat percutian yang best?


Wednesday, September 10, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

ASSALAMUALAIKUM

Dalam bab ni pastinya ada sepertiku yang masih tercari-cari DAN mencari.. Lelaki yang menarik perhatian selama ini pastilah Rasulullah saw yang kita cintai, ayah, saudara-saudara lelaki kita dan yang sudah berkeluarga, pastilah suami..



Tapi bagi yg belum berkeluarga ni, pastilah ada kriteria yg menarik perhatian untuk dijadikan suami kan.. Ok syeeda jawab task ni..

1. Beriman 
2. Bertanggungjawab 
3. Ambil berat 
4. Ikhlas menerima
5. Bertolak ansur dan memahami

Tamat task #cabaran30hari #kelabbloggerbenashari

Hari ke 9

Tuesday, September 9, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 8: 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

ASSALAMUALAIKUM

Ligan laju-laju.. Sampai jugak tang cabaran hari ke 8. Lagu cinta kegemaran? Syeeda sebenarnya suka layan lagu jiwang 80an,90an tu.. tapi lagu baru pun layan la jugak yang best-best didengar tu.. Kadang-kadang lagu yang kita suka dengar ni ada kena mengena dengan diri kita kan.. hii



Oklah ni antara lagu hat Syeeda suka dengaq..

Scorr - Bila Hati Dah Sayang

Salahkah - Hafiz dan Rossa

BPR - Dari Sinar Mata

Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Dadali - Disaat Aku Menyintaimu


Itu antaranya lagu yang Syeeda suka dengaq la.. Tapi banyak lagi kalau nak list kat sini.. Takpa yang lain kita simpan dulu.. Tapi kalau lagu rock jiwang 80an dgn 90an memang layan la..hii

tamat #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day8



CABARAN 30 HARI : Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

ASSALAMUALAIKUM

Kalau dulu Syeeda rasa malas sangat nak belajaq tapi sekarang baru la rasa rindu nak belajaq balik. Menyesal pun ada sebab tak mengaji betul-betul. Bagi Syeeda pendidikan tu sangatlah penting. Pendidkan ni tak semestinya kat sekolah sahaja tapi kat rumah pun boleh. Tapi tu bukan alasan adik-adik tak mau pi sekolah ok..haha


Pendidikan ni dia merangkumi banyak  aspek. Macam pi sekolah tu wajib tau. Pendidikan agama lagi wajib. Dan ada jugak pendidikan sampingan contoh macam ilmu memasak, menjahit, bertukang dan sebagainya.

Tak kisahlah kan nak belajaq sampai SPM ataupun ijazah dan sebagainya. Yang penting menuntut ilmu itu, Kalau kita tak ada ilmu susah kan.. misalnya jika kita tak tahu mengira duit jadi akan mudahlah kita ditipu oleh orang lain.

Selain pendidikan duniawi, pendidikan agama juga penting sebagai bekalan untuk hidup di dunia dan di akhirat kelak. 

Konklusinya.. (ciplak ayat karangan sat) pendidikan tu sanglah penting.

tamat #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day7



Monday, September 8, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

ASSALAMUALAIKUM

Terlepas untuk cabaran keenam hari Sabtu lepas..huhu Bila laptop takdak ni la masalahnya.. tapi takpe hari ni kita kejar lagik..=)



Hari Sabtu hari tu untuk breakfast special sikit la daripada hari-hari kerja. Karipap mari.. Buat inti kentang lada hitam + daging cincang. Nak sedap kenalah tambah jintan maniss.. pasni mesti bertambah manis muka..hii

Gambar tak sempat nak snap sebab tekun sangat kelim karipap. Dek kerana banyak sangat tak sempat nak goreng, kiter bakor kejap dan frozen sama dia..hihii 

#karipapkaripapcinta


Friday, September 5, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 5 : 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah sampai sudah ke #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari untuk hari kelima. 3 perkara yang ingin anda katakan kepada bekas kekasih? Bila pikiaq balik macam-macam la perasaan yang dok mula mai.. hii Tapi besa la kan, asam garam kehidupan la namanya ni..  always thinks positive and positive thing will happen la kan.



Memang terkesan sangat la sebabnya dia dah kahwin dengan pilihan keluarga. Sedih ooo yela masa u dah mula sayang kan, yela saper suruh awak ambik berat sangat dekat saya kan. Kepada awak ini yang saya nak katakan..

  • Terima kasih sebab sudi terima diqhi saya walaupun sat sangat kita kenai kan. Saya redha dengan ketentuan ini. Saya tak salahkan awak bila awak terima pilihan family awak sebab restu keluarga tu sangat penting kan.

  • Saya maafkan awak dan awak maafkan saya.. kita kosong-kosong ok. Awak tetap sahabat saya sampai bila-bila.. Kawan je ok! Hehe

  • Saya doakan awak bahagia dengan isteri awak selamanya. Dan doakan saya jugak semoga bertemu jodoh macam awak. Kesian saya kena cari pakwe baru kan..


Itu jela Syeeda nak kata kat dia. Tak maulah simpan apa-apa. Mungkin ada hikmah yang kita tak tau.. Mugkin lepas ni dapat jodoh yang lebih baik kan. InsyaAllah. Doakan Syeeda ye. (^_*)

Yeah tamat cabaran #hari5. 


Thursday, September 4, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah sempat lagi untuk menulis untuk #Cabaran30hari untuk hari keempat sebabnya dah terlepas kereta api ni..hii Balik rumah nanti dah tak boleh nak online ke laptop. Laptop masih dalam klinik ni tak dapat nak update entry..

Buku kegemaran Syeeda? 

Sejak masuk sekolah asrama tingkatan 1, minat membaca NOVEL mula dibajai..hii biasalah zaman  remaja kan =) Sangat obses dengan novel masa tu.. Paling ingat bila tuan punya buku terpaksa lekat satu kertas di mukasurat depan buku dan tulis nama peminjam.. ala-ala perpustakaan gitu..hehe Yang bestnya nama peminjam berderet-deret mengalahkan buku-buku kat perpustakaan lagi..


Sejak dari tu mula la beli sebuah novel dan melarat sampai novel ke berapa tak tahu la.. Sekrang dah hadkan belian novel tu. Tak muat almari dah..hii Dan sekarang dah mula beli buku-buku ilmiah pula.. macam motivasi, keagamaan dan sebagainya..

tamat entry untuk #hari4

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari



CABARAN 30 HARI : Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran untuk hari ketiga.. Sesuatu yang menguatkan Syeeda..



Ya, Keluarga. Itulah yang meguatkan Syeeda. Dari kecik sampai besar Mak dan Ayah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Dan dari Mak dan Ayahlah Syeeda belajar menjadi kuat.

Bila ada masalah ja terus rujuk dengan family especially mak dan ayah. Ingat lagi masa masih belajar kat uum asal ada masalah ja telefon mak ayah.. Banyak nasihat berguna yang selalu dititipkan bersama sebagai pendorong untuk Syeeda masa belajar.

Bila dah habis belajar.. masih belum jumpa kerjaya sesuai dan jodoh. Dan mak ayah dan adik-adik selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan..

"Doa dan usaha banyak-banyak..InsyaAllah DIA bagi nanti.." pesan mereka.

Selalulah ingat pada ALLAH. Berdoa padanya dan jangan lupa usaha kerana Allah juga sumber kekuatan kita seluruh umat Islam. 

#Cabaran30hari
#Kelabbloggerbenashaari


CABARAN 30 HARI : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran untuk hari kedua.. Macam mana nak memenangi hati Syeeda ye..? 


Hormat:
Hormat itu perlu sangat biarpun sikit.. Tak kira pada yang muda atau pun tua. Apabila kita hormat orang lain, orang lain akan hormat kita jugak.. Hormat menghormati tu kan amalan kita. =)

Jujur dan Ikhlas:
Tak mau la bohong-bohong kita tau.. dosa tau.. Cakap ja jujur kita tak marah.. Lagipun tak ada faedah pun kan bohong ni.. Dan yang penting ikhlaslah menerima diriku ini..hii 

Pandai Pujuk:
Disebabkan Syeeda ni sensitif orangnya jadi selalunya termerajuk gitu. Jadi cara nak memenangi hati Syeeda seseorang tu kenalah pandai pujuk Syeeda..hii Tak kisahlah cara macam nama nak pujuk tu..

Keluar jalan-jalan:
Ni memang hobi la.. Selalunya Syeeda suka window shopping. Window jela jimat cermat sikit..hii Melancong lagi la suka..hii keluar makan-makan pun boleh.. sebab bila keluar ni hilang sikit rasa tekanan tu kan..

Ambil berat:
Apabila orang ambil berat tentang diri kita pasti kira rasa dihargai dan disayangi kan.. Rasa bahagia sangat.. Hilang segala masalah yang dok bersarang dalam kepala.. =)

tamat #Cabarah30hari #kelabbloggerbenashari #day2

Wednesday, September 3, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 1 : 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

ASSALAMUALAIKUM

Terima Kasih to mamaniza sebab menemukan Syeeda dengan segmen #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari. Walaupun dah terlewat 3 hari tapi nak jugak join. Takpe Syeeda follow perlahan-lahan ok. Sekurang-kurangnya takde lah blog berabuk sangat kan.. =)


gambar terbaru Syeeda.. =)



FAKTA TENTANG DIRI SYEEDA

* seorang yang pemalu dan pendiam.. 

*Bila marah cepat sejuk hati ni.. buat apa nak marah lama-lama kan.. 

*seorang sensitif dan mudah mengalirkan air mata pabila hati tersentuh..

*cat lover.. kat rumah dah macam mini zoo kucing..hii


*suka window shopping.. 




Siap #cabaran30hari #day1 #kelabbloggerbenashaari . 
Next entry tunggu....


Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM


#madahpagi #kakinovel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...