PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, August 21, 2014

Tempe Goreng Kicap Bersama Ikan Bilis ala Syeeda

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin balik kerja dapatlah masak sikit untuk menu berbuka. Memandangkan menu utama dah ada jadinya masak simple je. Ghosek (cari) peti ais ada tempe. Ikan bilis ada.. siap. Menu simple yang dah lama tak makan. Tempe goreng kicap dengan ikan bilis.. Aduhai panjangnya nama resepi. Resepi ni Syeeda pakai campak janji kena dengan selera. Hii

Bahannya : Tempe, ikan bilis, bawang besaq dan cabai melaka.

Caranya : Potong tempe jangan tebai @ nipis sangat noo. Goreng sampai kekuningan gitu. Angkat dan goreng ikan bilis pulak. Semalam guna ikan bilis yang besaq sikit tu Dah agak garing masukkan tempe yang dah digoreng balik dalam kuali bersama ikan bilis tadi. Kalau minyak banyak sangat buang sikit ok. Akhirnya percik la kicap manis sikit. Dan masukkan bawang besaq dan cabai melaka yang dipotong. Siap.

Makan panas-panas sedap oo. Tapi kalau simpan lama ikan bilis tu liat satgi. Semalam sekali harung licin pinggan sampai tak sempat nak ambik gambaq..Hii


Wednesday, August 6, 2014

Kembali Bersiaran

ASSALAMUALAIKUM

Lamanya cuti.. cuti raya + dengan cuti berblogging sekali. Yela sepanjang cuti raya selama seminggu ni memang padat aktivitinyer kan.. Yela bila lagi nak jumpa saudara mara.. masa raya ni lee

Minggu ni dah start kerja. Mood raya pun dah makin hilang.. back to normal! Rindunya nak buka puasa, nak terawih, pasang pelita.

Ok di kesempatan ni di bulan Syawal yang mulia ni, Syeeda ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat-sahabat blogger. Maaf ye andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara.. kosongkosong ok.


#kosongkosong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...