PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, February 28, 2014

Usiamu Makin Meningkat


ASSALAMUALAIKUM

Usia makin meningkat. Ye, semua makhluk di dunia ni akan mengalami peningkatan kan. Tak terkecuali juga bagi benda yang bukan hidup contohnya kerusi, meja dsb. Oleh sebab tu lah adanya karangan autobiografi gitu.. Masa sekolah dulu sangat suka bila cikgu suruh buat karangan autobigrafi. hiii

Sama lah dengan ini blog. Sudah semakin tua. Rasa macam baru saja buat blog kan. Pejam celik, celik pejam dah pun tiga tahun lebih usianya.

Udah besau

Masa pertama kali buat blog bukanlah kerana keinginan tetapi assignment sebenarnya untuk subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan. Masa tu memang tak tahu sangat apa itu blog tapi ada jugak tengok adik-adik syeeda buat blog. Dalam cuti pertengahan semester tu pulun la suruh adik-adik ngajor camna nak buat blog.

Akhirnya dah mula jatuh cinta dengan blog. Setiap hari mesti google tutorial untuk hias blog, nak masukkan itu dan ini. Macam-macamlah. Akhirnya wujudlah blog Syeeda Saniey yang sekarang ini. Kalau dulu pakai nama Cahaya Saksi. 

Alhamdulillah dah semakin meriah sekarang dan terima kasih buat semua sahabat blogger yang sentiasa support syeeda. Tak lupa buat semua sahabat follower dan commentor. 

p/s : Masih banyak yang perlu dipelajari


Friday, February 21, 2014

Drama Adaptasi Novel : YES BOSS

ASSALAMUALAIKUM

Kembali bersiaran
(^_*)


Minggu lepas sudah bermula drama adaptasi novel YES BOSS karya Areila Sahimi keluaran Kaki Novel. Drama Yes Boss sudah mula bersiaran pada 15 Februari lepas setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di TV3. Drama terbitan Zeel Production ini menampilkan pelakon Fahrin Ahmad dan Emma Maembong sebagai watak utama.

Yes, Boss!

SINOPSIS DARI NOVEL :

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

SELAMAT MENONTON

Thursday, February 13, 2014

Alkisah Si Anak Sulung

ASSALAMUALAIKUM

baca taw.. (^_*)

Alkisahnya sebagai anak yang paling tua, ciri-ciri kat atas ni banyak yang sama ok. Tapi rasanya macam semua ciri-ciri kat atas tu sama ja dengan diri ini. Haha


Thursday, February 6, 2014

Slot Akasia Terbaru : Jika Itu Takdirku

ASSALAMUALAIKUM


Semuanya masih dalam angau dengan Ariana Rose kan.. kan. Hehe Melepas la kan sebab dia dah nak kahwin dengan Adam Mukhris. Ok Datuk Adam kita dah tahu sapa bakal tunang dia.. Amboi senyum molek ye datuk. Part Ariana telefon Adam sebelum diorang bernikah ada tak agak-agaknya.


Ok sebenarnya nak cerita drama slot akasia yang tengah tunggu turn untuk bersiaran selepas tamatnya Ariana Rose nanti. Drama ni tajuknya Andai Itu Takdirku lakonan Shah Iskandar (Hakimi Ehsan) dan Intan Ladyana (Seri Umairah) sebagai pelakon utama. Drama terbitan MIG ini bakal menggantikan drama adaptasi novel The Wedding Breaker tersebut.  Dan khabarnya drama ini bukan dari adaptasi novel. Bakal menemui penonton pada 17/02/2014 dan akan bersiaran selama 24 episod.



*[sinopsis akan di update nanti]

Tuesday, February 4, 2014

Kenangan Di Tasik Itu

ASSALAMUALAIKUM

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Ok tak mau sedih-sedih, tapi nak imbau kenangan zaman dulu-dulu la sangat.



Rindu sama ini tasik la.. Tenang je tengok kan. Inilah tempat menghilangkan stress tatkala demam final exam bermula. Ala konon-konon tempat cari ketenangan gitu. Memang tenanag la sebab tak ada bising-bising, sunyi ja. Alahai tetiba rindu pulak zaman belajaq ye..

Tasik ni kiteorang panggil Tasik Mas sebab lokasinya berdekatan dengan dpp mas. Saya dari semester 1 sampailah semester 6 memang menetap di dpp mas. Dpp? Tempat kita menginap la..ala cam hostel gitu.. uum kan semua student kena duduk dalam kampus. 

Kalau ada masa nanti bolehlah kot nak pi sini lagi. 


Segmen Jom Beramah Mesra

ASSALAMUALAIKUM

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Monday, February 3, 2014

Beli Novel Lagi

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin lepas asar, saya bersama mak, ayah dan adik keluar untuk beli barang di Seberang Jaya. Setelah keputusan dibuat akhirnya kami memilih untuk menuju ke Aeon Big. Sepanjang perjalanan untuk menuju ke Seberang Jaya, kami perlu melalui lebuhraya utara selatan. Jalan jem petang tu, mungkin ramai warga kota yang nak balik ke destinasi masing-masing setelah tamat cuti raya cina. Selalunya jem sampai ke tol Juru. Uish sampai sini jem..

Sampai dekat Aeon Big dah nak dekat pukul 6 petang pun. Kedai pertama yang akan kami masuk kalau mai sini tentulah Hasani Bookstore. Tempat wajib!

Novel.. novel.. novel. Ya lama sudah tak membeli sejak mood membaca dah mula kurang. 

Kali ni nekad nak beli satu. Nak baca, nak merajinkan diri kembali. Dari satu novel ke satu novel masih tak pilih. Akhirnya pilih jugak.

secret-admirer9

Kalau tak silap novel ni keluarag Julai 2013. Novel ni keluaran Lovenovel. Nak tengok novel terbaru diorang klik SINI

Ok, dah beli kenalah baca. 


Saturday, February 1, 2014

Ikut Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk

ASSALAMUALAIKUM

Suasana pagi di bendang kampungku..
(tiada gambar padi masa ni)

Dah lama rasanya tak buka kembali peribahasa melayu. Dulu masa sekolah sibuk hafal makna peribahasa yang cikgu bagi sebab takut tak dapat jawab nanti kena denda berdiri atas kerusi. Hehee Ok itu kenangan waktu sekolah dulu, sekarang kita kena juga tahu peribahasa-peribahasa ni tau. Ok, untuk malam ni kita baca, kenali, fahami dan amalkan ok.

"Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk"

Maknanya : Semakin banyak ilmu atau tinggi pangkat seseorang itu, semakin dia merendah diri.

Secara rumusannya, biarpun seseorang ni dia ada pangkat, ilmu yang banyak di dada tapi dia tak sombong pun dan hanya merendah diri. Contoh : Seorang yang dinaikkan pangkat dalam sesuatu organisasi tu, walaupun dah ada jawatan tinggi, besar dan berpengaruh namun dia tetap mesra dengan orang lain, merendah diri dan tidak egois dan sombong kerana memiliki jawatan besar. 

Untuk skop lebih mudah : Ali sentiasa dapat nombor satu dalam kelasnya. Tapi dia tak kedekut ilmu dan sentiasa beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan dia yang lain. Baik kan Ali ni..

Ok nanti kita refresh lagi peribahasa-peribahasa melayu yang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...