PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, January 31, 2014

Ceritera Konvokesyen : UUM Sintok, Kedah

ASSALAMUALAIKUM

Sudah sebulan lebih lamanya berkonvo (03 Disember 2013) dan sekarang baru nak update. Bagus sangat kan. Siap boleh update cuti-cuti Malaysia dulu. Takpe kot kan, janji update jugak akhirnya.

Awal pagi 03/12/2013, berangkatlah kami sekeluarga yang tak cukup korum ni menuju ke Sintok, Kedah. Singgah sarapan dulu dekat R & R Gurun dan meneruskan perjalanan semula sehinggalah sampai di pekan Changlun yang hujan renyai-renyai. Beli barang sikit dekat C-Mart dan terus bergerak ke UUM. Sempat jugak tapau bunga tepi jalan (tapau berbayar ok..haha)

Makan dulu bekalan yang dibawa bersama sebelum bersiap. Jam dah pukul 12 tengahari. Ok macam lewat dah ditambah pulak dengan jalan nak masuk ke Dewan Muadzam Syah yang jem dalam  suasana hujan renyai-renyai. Siap parking terus bergegas ke Dewan TSO untuk taklimat graduan. Mak ayah terus masuk dewan DMAS. Kat situlah baru jumpa kawan-kawan sama kos. Itupun tak semua..

Siap taklimat masuk Dewan Muadzam Syah (DMAS). Nasiblah kos kiteorang yang mula-mula akan naik pentas, tapi bosan nak nunggu sampai pukul 5.00 petang. Tambah pula hari tu penutup dah..

Akhirnya...

Habis saja majlis petang tu, masing-masing berebut nak keluar. Iyelah udah petang dengan hujan renyai lagi. Janji nak ambik gambar dengan kawan-kawan tak kesampaian sebab masing-masing nak cari keluarga sebab dah petang sangat. 

Dalam pukul 7.00 petang sampailah kami di homestay yang ditempah, berdekatan saja dengan UUM. Malamnya keluar lagi ke Pesta Konvokesyen malam penutup. Tak semeriah dulu nampaknya. Kalau dulu malam penutup pesta konvo, memang sesak la pesta ni ramai-ramai keluar memborong dan makan sama-sama. Pukul 12.00 tengah malam baru balik ok..hii Rindunya... (^_*)

Pagi esoknya, awal-awal dah janji dengan sorang kawan nak hantar jubah sama-sama. Pergi ambik dia dan sempatlah ambik gambar sama-sama. Dah selesai urusan, kami berpisah di situ sebab dia pun dah nak balik. Kini tibalah masa untuk meninggalkan UUM secara rasmi. Sedihnya.. banyak kenangan tercipta di sini. Akan selalu merinduimu, uum.

Petang tu selepas check out, kami menuju pula ke Padang Besar, tempat wajib kalau dah sampai sini. Hehee. Dekat je dari Sintok ke sana.

Ok siap shopping, petang tu berangkatlah kami menuju pulang ke Penang. 

UUM Konvokesyen 2013

p/s : selamat bercuti...


Thursday, January 30, 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

ASSALAMUALAIKUM


Jom meriahkan pencarian 50 bloglist Mamaniza.com

Selamat bercuti.

Wednesday, January 29, 2014

Alaf 21 : Novel Februari 2014

ASSALAMUALAIKUM

Jom review novel terbaru dari Alaf 21..

(Alaf 21)


  
 LEGASI PEJUANG 2
Arman Jazee

RUNCING
Zharulnizam Z.A

SEPASANG KURUNG PINK
Nureen Mirza

SAH, AKU CINTA KAMU!
Hezzy Azra


Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM

(Sumber fb)


Tuesday, January 28, 2014

Hanya Aku

ASSALAMUALAIKUM


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Ok ni lagu febretku yang dah menang tempat kedua AJL 28. Ok la tu kan memang jugak. Teringat pulak kat citer Teduhan Kasih kan. Heee

p/s : layan sat


Imbau Kenangan Paper Doll

ASSALAMUALAIKUM

Entah kenapa tetiba je teringatkan zaman budak-budak tahun 90an dulu. Uish rindu gamaknya. Mana taknya tak payah nak memikir banyak masalah. Apapun dah tua bangka ni manalah boleh nak jadi kecik balik melainkan hanya dengan mengimbau sahaja kenangan-kenangan di zaman kanak-kanak. Tak gitu..

EHSAN GOOGLE

Dulu-dulu kalau pi pasar malam atau kedai, suka sangatlah beli paper doll. Duit sekolah mak ayah kasi simpan buat beli benda ni. Harganya tak ingat pulak berapa tapi tak sampai seringgit. Bila dah beli, siap leraikan dan masukkan dalam beg plastik. Yela takut hilang ooo.. 

Camna mainnya? Buat fashion show sendiri la ala-ala runway fashion show tu ataupun buat satu cerita. Contohnya ok pagi nak pi kerja nak pakai baju apa? petang balik kerja nak pakai baju apa, nak keluar pulak jalan-jalan nak pakai baju mana..haha.  Dengar macam bosan ek? Taklah seronok sangat ok. 

Zaman tu dah pun berlalu, paper doll pun dah susah nak jumpa sekarang. Zaman dah maju, permainan pun dah canggih. Sekarang dah ada game fashion kat internet kan. Ada lagi ke paper doll ni jual kat kedai? 

p/s : Sapa pernah main paper doll mengaku cepat. Haha

Sunday, January 26, 2014

Percutian ke Pulau Langkawi 3

ASSALAMUALAIKUM

Semalam saya dah bercerita tentang percutian kami sekeluarga dekat Pulau Langkawi kat SINI dan SINI. Maka hari ni nak lah cerita part akhir percutian kami yang selama 3 hari 2 malam ni.

Ok, pagi Ahad tu selepas dah siap kemas barang, kami check out awal. Kenapa awal? Sebab masih ada tempat yang belum kami tuju. Misi pertama pagi itu, beli tiket balik. Nanti kalau lambat beli takut penuh pulak. Jadinya kami dapat tiket untuk feri pukul 4.00 petang. Ok la tu, boleh pi jalan-jalan sat.

Lepas itu kami pun menuju ke Air Hangat Village. Awal kami sampai, susana sunyi je. Untuk masuk, tiada bayaran dikenakan.


Dah puas dok dekat sana, kami bergerak pulak ke Galeria Perdana. Bayaran masuk : (Dewasa : RM 5.00 / Kanak-Kanak : RM 2.00) Dekat sinilah terkumpulnya cenderahati yang diterima oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad yang diterima beliau semasa menjadi perdana menteri. Sangatlah banyak dan pelbagai cenderahati. Nak tau kena la pergi ye..hii Kat sini pun tak sempat nak bergambar, sebab khusyuk sangat tengok sambil membaca.

 muzium image
inilah Galeria Perdana
(Ehsan Google)

Jam dah pun hampir pukul 1 petang. Masih ada masa nak jalan-jalan. Jadinya kami ke Pantai Tanjung Rhu sekejap. Dek kerana panas, kami pun berpatah balik dan menuju ke Pantai Pasir Hitam. Rehat dan makan sat kat situ sebelum sampai di jeti pukul 3.30 petang. Jalan jem sikit masa tu..

Pantai Pasir Hitam

Kami sampai kat jeti Kuala Kedah hampir pukul 6 petang. Dan selamat sampai kat Penang pukul 8 lebih. Maka tamatlah percutian untuk kali ni. Punyalah lama dok merancang nak pi akhirnya tercapai jugak. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, January 25, 2014

Percutian ke Pulau Langkawi 2

ASSALAMUALAIKUM

Ok semalam saya dah cerita first part bercuti ke Pulau Langkawi 1. Hari ni nak cerita part 2 pulak ok.

Awal pagi lagi kami dah keluar. Tempat pertama yang hendak dituju ialah Oriental Village Langkawi, nak naik cable car. Pergi awal sebab takut nanti kena beratur panjang pulak. Bila dah sampai, orang tak ramai sangat tapi beraturnya dah panjang. Namun dikhabarkan oleh pekerja kat situ, cable car tak boleh naik lagi sebab angin kuat. 

Lama jugak tunggu, angin pun semakin kuat dan waktu hampir ke tengahari. Jadi kami ambik keputusan datang balik petang nanti. Dan perjalanan diteruskan ke Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Ok kat sini tak sempat nak ambik gambar. Ok harga untuk ke Makam Mahsuri : (Dewasa : RM 7.00 / Kanak-Kanak :  RM 3.50) dan percuma untuk ke Beras Terbakar.

Fail:Beras terbakar.JPG
inilah rupanya beras terbakar
(Ehsan Google)


(google SINI)

Petangnya selepas makan tengahari di gerai makan berdekatan, kami menuju kembali ke Oriental Village Langkawi setelah mendapat maklumat kereta kabel sudah beroperasi. 


Kali ini memang panjang beraturnya. Dalam pukul 4 lebih baru kami dapat naik kereta kabel. Harga tiket kereta kabel : (Dewasa RM 15.00 dengan mykad). Setelah puas dok dekat atas, kami pun turun untuk solat dan terus pulang ke homestay.

Malam kalau tak keluar memang tak sah. Yela nama pun bercuti kan. Malam tu kami ke Kompleks Haji Ismail Group untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Tak cukup dengan tu shopping lagi dalam pekan Kuah. Malam tu memang ramai orang yela kebanyakan esok pagi dah nak berangkat pulang.

Dan dek kerana dah lapor, pekena meggi goreng mamak depan Kompleks Haji Ismail Group. Pukul 11 lebih malam tu baru kami balik ke homestay.

Esoknya kami ada lagi tempat untuk dilawati. Tunggu lagi part akhir 'Percutian ke Pulau Langkawi 3' taw.


Friday, January 24, 2014

Percutian ke Pulau Langkawi 1

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni genap seminggu kami sekeluarga balik bercuti dari Pulau Langkawi. Dan hari ni baru terasa nak update. Dah siap draf cuma ada nak letak gambar je sikit. Yela kalau tak ada gambar tak meriah jugak kan.

Jumaat lepas awal-awal pagi kami sekeluarga keluar menuju ke Kuala Kedah. Kenapa pilih Kuala Kedah? Dekat sikit berbanding Kuala Perlis walaupun kena berada di tengah lautan dalam kira-kira sejam lebih jugak. Harga feri ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah : (Dewasa RM 23.00 / Kanak-Kanak RM 17.00) Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web Langkawi Ferry Service.

Dalam pukul 9.00 pagi kami dah pun sampai di jeti Kuala Kedah. Lepas simpan kereta dengan harga RM 10.00 sehari, kami pun bergegas untuk membeli tiket. Ingatkan tak ramai waktu macam ni, rupanya ramai bersesak-sesak sampaikan kami dapat tiket pukul 12.30 tengahari. Maka dengan bosannya kami isi perut dulu dan melepak di pelenggaq (pangkin) nelayan. 

Nasiblah tak perlu berebut kerusi macam dolu-dolu (11 tahun yang lalu) hee. La ni siap ada nombor kerusi lagik dah. Dalam pukul 2 lebih sampailah kami di Pulau Langkawi permata Kedah.

ni area jeti langkawi, tengah nunggu keta sewa mai.

Tempah homestay untuk 3 hari 2 malam dengan kereta sewa sekalik reganya RM 700.00. Ok la tu.. homestay dah la dekat dengan pekan Kuah ja (berhampiran pasar awam Kuah). Dalam 10 minit ja perjalanan..

Selesai urusan homestay dan kereta sewa, kami rehat kejap sebelum keluar semula menuju ke pekan Kuah. Misi utama, MAKAN. Tempat makan kami tak kisah sangat, tang mana ada kedai makan di situlah kami tuju. Petang tu kami makan dekat D'Saji berdekatan Pekan Rabu. Pekena angin laut petang memang best sambil makan. Kami ambik nasi goreng kampung, nasi goreng pataya, nasi goreng paprik, bihun tomyam dan nasi goreng daging merah. Rega semua tak sampai RM 50.00 pun. Ok la tu tak lari bajet, sama ja harga macam makan di Penang.

my menu.. nasi goreng kampung


Siap makan pi pulak dekat Dataran Helang. Mengambil angin petang di Pulau Langkawi. 


Sebelum balik ke homestay, kami shopping dulu di pekan Kuah. Masuk kedai Haji Ismail Group, kedai-kedai lain jugak dan juga deretan gerai macam pasar malam gitu. Banyaknya baju tapi dek kerana letih tak sempat nak shopping lama. Hanya beli coklat dengan beg peti. Lain-lain beli sabun, berus gigi, dan ubat gigi.

Sebelum balik ke homestay sempat lagi makan mee mamak. Alahai naik lagi badanku nanti..

Esoknya kami dah plan nak pergi mana. Tunggu next entry 'Percutian ke Langkawi 2' ok..

Wednesday, January 15, 2014

Petua Untuk Kurus

ASSALAMUALAIKUM

Salam Maulidur Rasul.

Mahu kurus? Nak kena buat apa? Diet? Senaman? 
Sebenarnya tak adalah petua yang saya nak share pun. Nak kurus sekarang ni dah ada pelbagai alternatif kan. Tapi bagi yang nak kurus secara semulajadi eloklah buat rujukan di blog kevinzahri. Kat sana yang ada pelbagai tips dalam usaha kita untuk menguruskan berat badan.

Dan saya sangat suka baca Success Stories nya. Dalam ss tu diceritakan pengalan individu-individu dalam usaha mereka menurunkan berat badan. Bagaimana mereka diet, senaman yang mereka amalkan dan macam-macam lagi. 

Dan ada juga e-book yang disediakan dalam membantu korang untuk menurunkan berat badan. Selepas membaca pelbagai ss diorang, satu perkara yang saya pelajari dalam usaha menguruskan badan ialah DISIPLIN. 

Monday, January 13, 2014

Alkisah Ibu Tiri

ASSALAMUALAIKUM

Baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes dera melibatkan ibu tiri kejam yang mendera anak tirinya. Boleh baca di sini.

Ibu tiri menjadi simbolik negatif dalam kebanyakan aspek. Jahat, garang, kejam adalah ayat yang mampu menggambarkan sikap seorang ibu tiri. Dan sikap ibu tiri itu juga dapat kita hayati melalui drama yang ditayangkan di kaca televisyen kan.

Sebenarnya, bukan semua ibu tiri itu jahat. Masih ada lagi ibu tiri yang sangat menyayangi anak tirinya. Cuma hanya segelintir ibu tiri sahaja yang bersikap kejam seperti kes di atas.

Ok, berbalik kepada topik asal. Dah tengok drama Berpaling Dari Syurga di RTM 2? Kalau belum jom scroll lagi...

Cerita ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu tiri lakonan Jasmin Hamid yang terpaksa mencagar tanah peninggalan arwah suaminya untuk menyekolahkan anak-anak tirinya. Dia menjaga naka-anak tiri tersebut dengan penuh kasih sayang. Setelah dewasa dan berjaya, anak-anak tirinya menyalahkannya kerana mencagar tanah arwah ayah mereka itu. Dia terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan balik tanah yang dicagar itu.. Untuk tahu kisah selanjutnya, kenalah tonton. Bila?

Setiap Jumaat, jam 9.00 malam di RTM 2.

Bagi yang terlepas tonton episod terdahulu, boleh tonton di My Klik


Guna Yang Ada Jela

ASSALAMUALAIKUM

Alkisahnya hari ni semangat nak pi buka akaun bank, yela esok cuti kan..hehe Disebabkan hanya seberang jalan ja dari opis, memang pergi jalan kaki di hari panas terik dengan nak lintas jalan punya susah. Yela mudah sikit nak berurusan sebab bank tu dekat ja.

Ok, masuk dalam tanya dekat kaunter pertanyaan nak buka akaun. Dia suruh terus ke kaunter. Then kerani tu suruh apply dekat tempat tinggal saya pulak. Adoi baru ingat dapat buka dekat sini yela nak pergi yang dekat area rumah saya memang tak terpergi la. Tak ada masa kecuali minta permission bos masuk office lambat atau cuti satu hari. Sabtu Ahad bank tutup la pulak..

Akhirnya fikir punya fikir, gunakan jela akaun yang sedia ada kan.

So, tak jadilah nak buka akaun baru. (^_*)

p/s : Jom rehat kejap..

Menjengah Ke Sunshine Kepala Batas

ASSALAMUALAIKUM

Ok, cuti dua hari kali ni memang best sebab dapat rehat la kan. Lagipun tak ada keluar mana hanya duduk rumah ja. Tapi kelmarin terjebak jugak untuk keluar dek kerana kehabisan barang dapur. Dan cadangnya pergi yang dekat-dekat saja. Nak ke Aeon big atau Tesco nun jauh di Seberang Jaya.

Jadi plan lah pergi Sunshine dekat Kepala Batas yang baru buka hujung tahun lepas. 

 
Nin dia lokasinya.. kat area Bertam yang semakin membangun..

Ok la. Cuma barang yang selalu beli banyak yang belum ada. Dah banyak kedai-kedai, tapi masih tak meriah lagi la. Tempat baru buka kan. 

Dan ada juga panggung wayang ok..haha


Saturday, January 11, 2014

Santai Petang : Isteri Cemburu

ASSALAMUALAIKUM

Alkisah seorang isteri ingin menghubungi suaminya tetapi telefonnya tidak ada kredit. Lalu dia menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anaknya membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasahhabis-habisan si suami keran perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di hadapan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi."

p/s : Huahua.. kes naiya ni.. =) 

Thursday, January 9, 2014

Ketam Masak Cili

ASSALAMUALAIKUM

Ok semalam saya dah share resepi Oreo Crepe, malam ni nak share pulak resepi ketam masak cili. Tapi ketam ni ketam kecik je, dia longgok sepinggan berapa ringgit tak ingat pulak. Tapi murah la tak sampai sepuluh ringgit. Kalau buat gulai kari memang tak berbaloi lah..

Inilah hasilnya.. 

Bahan-bahan :

Ketam (ikut suka berapa ekor nak letak)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5 sudu cili kering kisah *ikut kepedasan yg diingini
1 batang serai
Sedikit sos tiram, dan sos cili
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Goreng ketam dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sampai naik bau.
4. Masukkan air, sos cili dan sos tiram.
5. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Letakkan bawang besar.
7. Siap dihidang.

Wednesday, January 8, 2014

Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM

#sushisambalikanbilis

Percubaan Oreo Crepe

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya saya dah lama try buat oreo crepe ni. Dalam tahun lepas jugaklah. Tetapi baru sekarang dapat ceritakan pengalaman saya buat orep crepe ni. Kiranya percubaan pertama la jugak. Nak buat durian crepe mana nak cari durian lagi. Dah alanag-alang terjumpa oreo, belasah jela. Bila tengok resepi yang dah siap di google, rupanya crepe ni lebih kurang sama macam kuih melayu kita, kuih ketayap yang warna hijau inti nyioq tu. Cuma adalah sedikit bezanya..


Ni hasil oreo crepe yang saya hasilkan. Tengok kulit dia nipis sangat jadi tiris.. Mungkin saiz kulitnya kecik sikit dan nipis. Biasalah first try kan..hii

Walaupun tak cantik oreo crepe ni, tapi Alhamdulillah habis jugak akhirnya. Ok kat bawah ni resepi yang saya rujuk dari blog Damai Qalbu resepi kak Rohaisha:

Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung Hong Kong
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
50ml santan kotak
400ml air
Sedikit pewarna oren

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand whisk hingga sebati.
2.Tapiskan.
3.Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap kali mahu menebar adunan dalam kuali.
4.Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan.Angkat crepe.
5.Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.
6.Hidangkan.

Bahan Untuk Inti:
1 1/2 hingga 2 cawan non-dairy whipping cream
Biskut oreo secukupnya

Cara:
Pukul hingga kental.

Untuk Kastad:
1/2 cawan susu cair
50ml air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 biji kuning telur
Secubit garam
1 sudu kecil planta

Cara:
1.Satukan bahan dalam satu bekas.Kacau sebati.
2.Panas/masak menggunakan kaedah double boiler.
3.Kacau sehingga likat dan matikan api.
4.Sejukkan.
5.Satukan bersama whipping cream.

SELAMAT MENCUBA.

Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM

@novelmelayukreatif 
klik di sebelah kanan untuk membaca

Tudung Aidijuma

ASSALAMUAIKUM

Dalam entry yang lepas saya ada tulis pasal saya beli tudung Aidijuma di Sunway Carnival. Dan sudah berapa kali saya pakai sebenarnya. Tudung yang lembut dan senang dibentuk. Biasalah kadang-kadang tersalah beli tudung tak pulak menjadi akhirnya berjam-jam duduk depan cermin kan. 


Inilah tudungnya. Saya suka warna dan corak dia..

Magento Commerce

Dah bergaji hujung bulan nanti bolehlah beli lagi kan. Bagi yang nak beli, bolehlah mengunjungi store Aidijuma di sini atau boleh beli secara online dengan melayari laman ini :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...