PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, December 31, 2013

Destinasi Percutian Pilihan

ASSALAMUALAIKUM


Cuti sekolah dah nak habis kan. Rasanya ramai yang ambil peluang cuti sekolah ni untuk pergi bercuti kan. Di samping bawa anak-anak dan keluarga bercuti, dapatlah juga kita menghilangkan tekanan kerja kan. Cuti ni Syeeda dengan keluarga tak adalah pergi bercuti pun. Tak sempat pulak kan. 

Hanya sempat pi konvo Syeeda kat uum aritu dapatlah jalan-jalan dekat Padang Besar kejap. Memborong apa yang patut kata orang..hii Lepas tu sempat la jugak pi Pesta Penang. Itu jela sebab banyak kenduri dekat kampung. 

Jadi mungkin next time baru boleh pergi tapi kena plan awal awal la kan. Nanti kang terkurang itu ini tak best pulak percutian kita kan. Dan antara destina percutian yang sering menjadi pilihan pastinya Langkawi, dengan Cameron Highlands dulu kan. Langkawi sebab banyak tempat menarik seperti pantai dan bebas cukai gitu. Kalau Cameron Highlands mesti sebab dia suhu dia sejuk sikit dari tempat kita. Kehijauan kawasan dia kan.. Dan ada juga yang bercuti di luar negara bagi yang mampu.

Lain-lain destinasi percutian dalam negara bolehlah klik kat SINI

Alam Dinosaur

ASSALAMUALAIKUM

Dalam entry sebelum ni Syeeda ada tulis pasal pertama kali masuk panggung kan. Ala dekat entry INI. Entry hari ni nak cerita la filem yang kami tengok hari tu.

Kami berempat sepakat nak tengok citer Walking With Dinosours. Mulanya ingat cerita macam boring je, macam tak best je.. hihi Ok, satu tiket RM 15.00 kalau tak silap. Versi 3D dekat GSC Sunway Carnival.

credit to Pak Cik Google

Tengok pada tajuk dia, macam sesuai dengan kanak-kanak kan. Lagipun sebelum masuk tengok ramai gak kanak-kanak, tapi bila masuk panggung ala berapa orang je. Bila dah mula citer, ok.. permulaan yang baik. Penceritaan semula oleh seekor burung tentang kehidupannya di zaman dinosaur. Mengisahkan perjalanan hidup seekor anak dinosaur bernama Patchi. Ada komedi, sedih dan macam-macam la.

Konklusinya, memang terbaik cerita ni. Dan puas hati. 

p/s : Arianna Rose di SINI


Tuesday, December 24, 2013

Yeah.. Tudung Aidijuma

ASSALAMUALAIKUM

Sabtu lepas kami empat beradik keluar tengok wayang di Sunway Carnival. Tersangat excited la sikit sebab Syeeda tak pernah tengok wayang. Adoi tua bangka baru nak masuk panggung. Dulu masa belajar sibuk shopping ja dengan member-member dan tak pun nak masuk panggung. 

Dah selesai tengok wayang citer dinosour, sempat jejalan jap ala ala window shopping gitu. Dari satu kedai ke satu kedai maka sampailah di kedai Aidijuma. Sejak dari zaman u dulu dok teringin nak beli satu, tapi biasalah dulu duit habis untuk belajar kan kan. 


Dapatlah beli satu. Biasalah gaji belum masuk.Heee Nanti dah gaji, kita beli lagi kan.. Tudung bawal yang Syeeda beli ni kalau tak salah Bawal 205 Stripes.. Teruja la akhirnya dapat jugak beli satu tudung Aidijuma ni..


Esok tu basuh dan pakai masa pi pesta Penang.. Nanti kita sambung entry kat pesta pulak ok.

Jom tengok tudung bawal dekat Aidijuma .

p/s : selamat bercuti

Akan Datang : Ariana Rose (Slot Akasia TV3)

ASSALAMUALAIKUM

Selepas tamat cerita Playboy Itu Suami Aku nanti, drama Ariana Rose akan mengambil alih dalam slot akasia tv3. Akan mula bersiaran pada 30 Disember 2013, jam 7.00 petang di tv3. Drama ini jugak adalah drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose keluaran Karya Seni


SINOPSIS DARI NOVEL:

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Pelakon-Pelakon:
Keith Foo - Tengku Adam Kamil, Nur Fathia - Ariana Rose, Hisyam Hamid - Harith, Arja Lee - Ramzul, Nabila Huda - Liyana, Syatilla Melvin - Sophie, Tasha Shilla - Tengku Juwita, Ziela Jalil - Datin Asra, Jalaluddin Hassan - Datuk Wan Jusoh, Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Mukhriz, Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania, Dayana Amerda - Amalina, Atikah Suhaime - Tasha, Anne Abdullah - Mak tiri Ariana, Jasmin Hamid - Tengku Marsela, Rahim Omar - Tengku Sudin, Wan Sharmila - Linda

--Selamat Menonton--

p/s : Tengok-tengok juga, solat maghrib jangan terbabas ok.=)


Friday, December 20, 2013

Pesta Pulau Pinang 2013

ASSALAMUALAIKUM

Sekarang ni tengah berlangsungnya Pesta Pulau Pinang 2013 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau mai bercuti kat Pulau Pinang ni, singgah-singgah la kat sini na. Macam-macam ada. 

pesta pulau pinang

Bayaran masuk tak mahal pun, RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Pesta ni bermula berlangsung sehingga 31 Disember ni. Jadi kena mai cepat-cepat la. Yang nak mai tu elok mai awal sikit untuk mengelakkan kesesakan.

Jom p pesta. (^_*)

Earning CPUV Pertama Nuffnang

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak check Incik Nuffnang. Biasalah orang bajet sibuk memanjang. Yela ada la sibuk sikit..hehe Selalunya bila buka ruangan earning CPUV tu. Tapi semalam baru terperasan dekat ruangan earning CPUV. Wah akhirnya dapat jugak kan. Baru terperasan dan buat permulaan cukuplah dengan nilai 0.01. 


Buat masa ni cukuplah dulu dengan jumlah tu. Next time kita usaha lagi. Chaiyok chaiyok. Dan tadi sempat jugak Syeeda baca tips untuk tingkatkan earning CPUV Nuffnang dari Yumida. Memang sangat membantu. 


Thursday, December 19, 2013

Casing Ninetology i9430 insight

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah ada rezeki lebih, makanya beli handset baru. Guna rebat RM200 haritu. Mulanya dah set nak beli handset alcatel yang 50 hinggit tu ja. Tapi bila pi survey banyak kedai tak ada stok lah pulak. Makanya terbelilah ninetology i9430 insight ni walaupun kena tambah wang tunai banyak la jugak.


Cenggini lah rupanya handset baruku. wah wah. Syeeda ambik warna hitam sebab tak berapa nak teliti jaga untuk warna putih. hii Kalau dulu masa belajaq dekat uum, handset sony ericsson dah pun tercelup dalam sos.. sampai semut pun bersarang. Cuai sangat kan.. Akhirnya dia pun dah ko.. 

Nak review sikit pasal handset ninetology i9400 insight ni bolehlah rujuk dekat SINI

So, buat masa ni ok je handset ni. Cuma nak cari casing dia susah sikit kan. Kat pasaraya jarang sangat la ada kan. Jadi kat mana ye nak dapatkan casing ninetology i9430 insight ni. Dah nak dekat sebulan dia tak berbaju lepas baju lama dia dah rosak..huhu

p/s : katner ada jual casing nya? 


Wednesday, December 18, 2013

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2013 (PenBEX)

ASSALAMUALAIKUM

Sudah lama menanti Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX). Mau idak nyer, dari kecik sampai dah besor cenggini, memang akan pergi punya. Apa yang best tentang PenBEX ni, ada macam-macam produk jualan keluaran bumiputera yang jarang-jarang ada jual dekat pasaraya. Dari makanan, makanan tambahan, baju, kasut, dan tak terhitung banyaknya produk kat sana memang cukup meriah. Dan ada juga aktiviti menarik dan persembahan pentas.


Jom ramai-ramai memeriahkan Ekspo PenBEX 2013 yang :

Bertarikh : 21 Disember 2013 hingga 29 DIsember 2013
Tempat : Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menerong Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

p/s : Semua dijemput hadir

Monday, December 16, 2013

Sudah Bergraduat


ASSALAMUALAIKUM

Dah dua minggu berlalu, baru nak update kan. Bagus sangat-sangat. Hari ni baru ada kesempatan nak update sikit. Kira intro la ni. Selasa yang lepas-lepas tu yakni 3hb Disember lepas, syeeda kembali ke UUM, Sintok untuk terima ijazah.

Macam-macam perasaan ada masa tu. Gembira sebab akhirnya dapat jugak segulung ijazah selepas 3 tahun lebih bertapa menuntut ilmu dan yang sedihnya teringat balik kenanagan kat uum dan rindunya..

Ok lah nama pun intro, next entry kita cerita panjang lagi ok.

p/s : Isnin yang ........... (^-*)

Alaf 21 : Novel Terbaru Januari 2014


ASSALAMUALAIKUM

Minggu lepas kita dah review novel terbaru Januari 2013 KN, hari ni jom review pulak novel bakal terbit istimewa dari Alaf 21.


OPERASI BULAN MADU
Karya : Aini Marisha
Sinopsis : KLIK SINI


MAS KAHWINKU RM 22.50
Karya : Zan Zarida
Sinopsis : KLIK SINI


DIA DIKTATOR HATIKU
Karya :Nazihatul Hanan
Sinopsis : KLIK SINI


CINTA KUASA TINGGI
Karya : Azleya Shdzalin
Sinopsis : KLIK SINI

Selamat membaca

Wednesday, December 11, 2013

NOVEL TERBARU : KAKI NOVEL JANUARI 2014

ASSALAMUALAIKUM

Udah lama pula rasanya tak review novel terbaru. Dah dah dekat 2 minggu tak update blog ni. Sibuk dengan konvo. Next entry kiter citer yer. Entry ni khas untuk novel terbaru dari KAKI NOVEL untuk semua peminat novel. 


LUKA DI HATI DIYA
LDHD_copy
Karya : Hasliza Ismail
Sinopsis : BACA SINI



BETUL, SUAMI AKU PELAKON!
BSAP_copy
Karya : Ateen Khalid
Sinopsis : BACA SINI


SUSUN SILANG KATA
SSK_copy
Karya : Dzie Tyea
Sinopsis : BACA SINI

Ok dah window shoping tu nanti bolehlah pi beli kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...