PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, October 29, 2013

Lapar La Pulak


ASSALAMUALAIKUM

Petang-petang camni, terasa nak makan kuih yang manis-manis dan panas-panas gitu. Petang-petang ni biasalah perut dah mula berkeroncong kan. Mood kerja pun dah kurang. Selalunya kalau petang-petang masa kecik-kecik dulu selalu mak buatkan pisang goreng, cekodok. Kalau bulan posa selalu kuih buah melaka, lepat pisang, dan macam-macam lagi (tak ingat nama kuih tu..) 

ehsan google

Tu tak masuk gi kuih lompang, lompat tikam, seri muka, apom balik, kuih ketayap. Uish sedapnya kan..

Korang suka makan kuih apa petang-petang ni.



Friday, October 25, 2013

Jangan Peduli atau Bertindak?

ASSALAMUALAIKUM

Esok dah cuti, minggu yang sangat tertekan. Hope cuti 2 hari dapat reduce balik segala tekanan ni. Rasa macam nak p satu tempat yg dapat tenangkan hati. Semalam dah dapat ketenangan sikit dengan zikir. Alhamdulillah.

Diri menjadi bahan bualan orang disekeliling? Balik teruk memang rasa bengang la kan. Tak ada angin, tak ada ribut nak jadikan kita objek bahan bualan yg akhirnya bertransformasi jadi bahan kutukan. Abaikan sahaja. Kita tak mampu nak tutup mulut orang ye idak. Takkan nak jahit mulut dia pulak..hii Sabar, sabar itu kan separuh daripada iman. Jangan pula api dibalas api. Jadilah air yg dapat menyirami api. Tak gitu? Yang penting hati kena banyak sabar la.

SABAR, SABAR DAN SABAR. 


Konklusinya di sini apabila kita menjadi bahan kutukan biarpun tak pernah buat perkara yg tak baik, JANGAN PEDULI perbuatan si pengutuk dan 
BERTINDAK menyabarkan diri.

P/S : Perkongsian ilmu malam minggu.

Wasalam.

Friday, October 11, 2013

Kawal Rasa Marah


 ASSALAMUALAIKUM

Rasa nak marah tak? Pantang orang buat salah sikit ja, mula la nak marah kan. Syeeda pun tak terlepas dari emosi yang tak berapa bagus ni. Tambah pula musim sakit gigi dah mai. Dari kelmarin dok berdenyut-denyut. 


Jadi kat sini nak kongsi sikit tips kawal nafsu MARAH. Dalam Islam sendiri sudah mengajar cara kita nak mengawal marah antaranya:

  • Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk
  • Berdiam diri dan istigfar
  • Bawa bertenang dan tarik nafas
  • Senyumlah kerna senyuman itu mampu meredakan tekanan. InsyaAllah.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang
  • Berfikiran positif

Jadi marilah kita belajar kawal perasaan marah. Kadangkala ia mampu melukakan hati orang lain tanpa kita sedar, yela dah tengah marah kan..hii Syeeda pun tengah belajar nak kawal kemarahan. Yela mai angin tak elok mula la nak marah-marah tak kira apa dah..haha

p/s : Ada lagi tips kawal perasaan marah? Jom kongsi ..


Thursday, October 10, 2013

Sabun Gluta Kojic


ASSALAMUALAIKUM

Syeeda bukan nak jual sabun ni, Syeeda yang beli sabun..hii Sabtu lepas p Padang Besaq terbeli la sabun gluta kojic ni. Sebab terpesona sat dengan kecantikan 3 layernya.. Boleh pulak camtu kan. 

EHSAN PAK CIK GOOGLE

Sampai sekarang tak terusik lagi. Yela takut sejarah lalu berulang kembali..hii Balik tu terus explore apa itu sabun gluta kojic. Asal mana, apa khasiatnya, camna nak tahu ia palsu atau ori. Hasil dari carian, ini serba sikit yg Syeeda dapat.

Khasiatnya :

  • Menghilangkan jerawat/parut/pigmentasi/stretchmarks dan cela
  • Mengurangkan kedut serta menegangkan
  • Mencerahkan kulit yg kusam/gelap termasuk bahagian badan
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Menghilangkan hitam di bahagian ketiak dan peha
  • Menghilangkan minyak berlebihan
  • Wajah lebih putih berseri
  • Kulit lebih licin
  • Memudarkan jeragat
  • Menghilangkan blackhead/whitehead

Dikatakan ianya berasal dari Thailand. Kalau terbeli sabun yg tiruan, lapisan-lapisan tu akan tertanggal apabila terkena air. Kat Padang Besaq aritu berlambak produk kecantikan diorang jual. Syeeda mampu tengok jela sebab lebih berminat dekat baju-baju yang indah tergantung di setiap kedai.hihii

p/s : Siapa pernah try sabun gluta kojic jom share pengalaman korang pakai sabun ni



AKAN DATANG : Kaki Novel November 2013


ASSALAMUALAIKUM

Pasti korang tertunggu-tunggu novel terbaru daripada KAKI NOVEL kan. Jom tengok novel keluaran KN untuk bulan November 2013. 

Menantu Datin Izzah
MENANTU DATIN IZZAH
Karya : Alina Haizar
Sinopsis : KLIK SINI


Tika Cinta Bersuara
TIKA CINTA BERSUARA
Karya : Eila Iraiena
Sinopsis : KLIK SINI


Setiaku Untukmu
SETIAKU UNTUKMU
Karya : Sue Isma
Sinopsis : KLIK SINI




Wednesday, October 9, 2013

Amanah Saham 1 Malaysia


ASSALAMUALAIKUM

Kebetulan tadi pi ngantor surat kat pejabat pos. Bawa sekali la buku kuning ni.. Bukan buku kuning yang warden tandatangan bila nak balik kampung tu (zaman asrama dolu-dolu).. Ni buku AS1M.. Berkurun tak ambil peduli, last-last bila dah kerja, teringin pulak nak masukkan duit. Dulu masa duit ptptn berkepuk-kepuk xmau pulak simpan sikit dalam AS1M ni.. Nin dia bila kesedaran dah mai..

ehsan GOOGLE

Baru-baru ni kan AS1M mencapai dividen 6.7 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2013 Tadi pi la kemaskini buku kuning ni, syukurlah dapat dividen RM 24.18. Tak sampai seribu la simpanan, maklumlah gaji tak banyak, mampu simpan sebulan sekali dalam 100 ke 200 ringgit ja. Jimat cermat la nak bayaq hutang ptptn nu.

Wordless Wednesday


ASSALAMUALAIKUM


Thursday, October 3, 2013

Apabila Meter Air Kena Curi


ASSALAMUALAIKUM

Aduhai masa-masa camni la meter nak kena curi la. Meter air dekat pejabat Syeeda kena curi tadi pagi. Patutlah air tak keluar-keluar dari paip. Ingatkan ada masalah paip pecah ke apa ka. Turun nak tanya kedai kat bawah tengok meter tak ada. Tudia ayaq kena potong ka kena cuqi tu.. . Melalui cctv kedai kat bawah tu ada sorang laki pakai vest hijau mai potong meter dalam area pukul 9.00 pagi. Budak kedai tu sempat tanya nak buat apa. Lelaki tu cakap nak potong air, depa tak bayaq bil ayaq. Depa ingat orang pba la. Laki tu tak cakap banyak, lepas kebas meter terus blah ke tempat sasaran seterusnya kedai makan.

Rupanya PENCURI. Mana ada sampai notis nak potong meter pun. Bil pun tak pernah tak bayar ok. Bukan banyak mana pun guna air, dalam RM20 ja. . Hari ni pulak mai ofis ayah hantar. Kalau dengan motor leh gak pi solat kat mana-mana masjid. Lagipula nak tunggu orang pba mai. Gamaknya kena tumpang toilet kedai kat bawak la ye.

Bila ayaq xda, memang susah kan, ternyata dan tersangat benar bahawa air tu PENTING dalam kehidupan seharian kita. Jadi gunalah air dengan cermat, jangan membazir ok.

p/s : Air oh air

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...