PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, July 31, 2013

22 Ramadhan 1434H


Assalamualaikum

Kejapnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam kot kita mula berpuasa. Tanda sedar dah pun tiba di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Sayu rasanya. 


Pagi ni dikala entri ini sedang dikarang, hujan turun membasahi tanah yang sudah lama kering kontang. Cewah berpuitis sempat lagi. Yela sejak bulan puasa ni, jarang-jarang hujan turun. Bila mai petang, mula la letih dengan tekak kering. 

Oklah,10 malam terakhir ni jom lah pi terawih. 


Wasalam




Tuesday, July 23, 2013

Nasi Kerabu Utara


Assalamualaikum

14 Ramadhan 1434H.

Semalam berbuka dengan nasi kerabu. Selalunya dok beli nasi kerabu kelantan. Kalau bulan posa macam ni memang ada lah jugak beli nasi kerabu. Tup-tup semalam mak beli nasi kerabu utara. Serius tak pernah terfikir pulak kat utara pun ada nasik kerabu. Aduhai ketinggalan zaman betullah. Aduhai makanan negeri sendiri pun tarak tau ka..adoi


Bezanya dengan nasi kerabu kelantan, yang ni nasi dia putih suci ja. Dan dia tak ada lauk seketul tu. Ikan dia dah digaul bersama nasi, ulam, kerisik, serai, lengkuas, dll. Kalau tak silap pakai ikan masin. Dan yang paling bezanya, nasi kerabu utara dimakan bersama-sama dengan asam pedas keladi. Uit sedapnya..

Selamat berpuasa.


Thursday, July 18, 2013

Kaki Novel : Terbaru Ogos 2013


Assalamualaikum

Novel terbaru Kaki Novel untuk bulan Ogos 2013.

3_bulan_2
TAJUK : 3 BULAN
KARYA : NURIL BAHANUDIN

Tiga Bulan membawa kisah seorang gadis yang bernama Nuriz Binti Abdullah. Anak terbuang yang langsung tidak mengenali kedua-dua ibu bapanya dan dibesarkan di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Qaseh.

Perjalanan hidupnya mula berubah bila dalam keadaan tak diduga dia telah bertemu dengan Wan Nazariel Bin Dato’ Wan Nazri yang sombong, berlagak dan ego.

Kehidupannya menjadi semakin huru-hara apabila dalam tak sengaja dia telah terlibat dalam kemalangan dengan lelaki itu. Terdesak untuk membayar ganti rugi dek kemalangan itu, Nuriz telah terpaksa rela bekerja dengan lelaki itu sebagai seorang budak penghantar surat selama tiga bulan memandangkan lelaki itu baru saja memecat budak penghantar suratnya.

Dalam tempoh tiga bulan bekerja dengan lelaki itu pelbagai peristiwa telah berlaku hingga mengubah terus kehidupannya. Daripada berstatus ‘cik’ kepada status ‘puan’.

Hidupnya juga bertambah tunggang-langgang dengan kehadiran Dorina yang sentiasa cemburukan dirinya dan kehadiran Zefrul Arham yang tergila-gilakannya.

Sekuat manakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulannya bersama Wan Nazariel? Mampukah dia menghadapi segala kerenah lelaki itu? Bagaimana dia menepis umpat kejian daripada Dorina dan menyelamatkan diri daripada buruan Zefrul Arham?

“Dalam benci ada rindu yang mengisi, Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.”

lulu_2
TAJUK : LU'LU' DAN MARJAN
KARYA : ANARIF

Apabila Marjan muncul di banglo Dato' Safwan, semua orang mencurigainya, lebih-lebih lagi Lu'lu', anak kandung Dato' Safwan. Sikap Lu'lu' yang sedikit baran membuatkan Marjan tercabar dan kerap bertikam lidah dengannya namun, Marjan mengalah apabila mengetahui kisah di sebalik sikap Lu'lu' yang membuatkan dia tidak senang duduk.

Lawatan ke PD membuatkan hubungan si pemandu dan anak gadis tuan rumah itu bertambah baik, dan Marjan semakin jauh dengan misi utamanya yang mencampakkannya ke banglo tersebut. Apabila Marjan terpaksa pulang ke kampungnya secara tiba-tiba, Lu'lu' tidak sedap hati. Musibah menimpa apabila Dato' Safwan meninggal dalam kemalangan ketika ketiadaan Marjan.

Sekembalinya Marjan ke banglo itu, Marjan menjadi suspek utama dan Lu'lu' patah hati apabila Marjan cuma membisu bila tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Marjan tidak mengaku kalah. Dia sudah bertekad untuk menawan Lu'lu' kembali, walaupun Kartini, kakak angkat Lu'lu' turut mencurigainya.

Marjan melamar, namun penolakan Lu'lu' membuatkan Marjan kembali ke alam nyata. Statusnya
sebagai seorang pemandu tidak cukup buat anak gadis hartawan seperti Lu'lu'. Tanpa mendedahkan identitinya, Marjan pergi untuk selama-lamanya membawa hati yang luka kerana misinya sudah gagal.

Apabila Lu'lu' dalam bahaya, Marjan kembali mendengar kata hatinya dan melompat turun dari takhta. Kali ini, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya. Demi Lu'lu', Marjan sanggup kehilangan segala-galanya dan benarlah, cinta itu buta. Tetapi butakah cinta Lu'lu'?

Mengapakah Marjan terpaksa pergi sekali lagi dengan hati yang luka? Bolehkah permata Lu'lu' dan Marjan berdampingan untuk selama-lamanya?


jurnal_2
TAJUK : AISHITERU
KARYA : AIMA CHAN

Siapa sangka, kepulangan Khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kemunculan Adam Daniel yang tanpa belas kasihan menjadikan dirinya tawanan selama sebulan di dalam hutan. Khaleeda tidak tahu kenapa dia diculik dan dihukum sebegitu rupa malah, dia tidak pernah tahu nama pemuda itu sepanjang dia berada di hutan.

“Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali?” -Khaleeda Adni-
“Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah? Anak tak guna macam kau ni, sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari dulu lagi.” -Adam Daniel-

Apakah dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia tegar menghukum gadis? Namun semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil Sadhi diceritakan oleh Lukman yang tahu segala-galanya. Penyesalan mula hadir namun, semuanya sudah terlambat.

Adam diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahannya terhadap Khaleeda dan dia sanggup menebus maruah gadis malang itu. Namun, Tengku Akimi muncul menagih janji Khaleeda saat dia sudah terikat. Saat semuanya sudah tidak boleh diundur lagi dan hatinya sudah mula terbuka buat Adam. Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda dalam mencari erti satu kebahagiaan.

“Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu senang lupakan semua tu. Kenapa Khal?” –Tengku Akimi-

“Kenapa kau dapat semua hah Khal! Apa lebihnya kau dari aku? Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, papa Zhar, Kim. Semuaaa!!! Aku benci kau Khaleeda. Aku benci!” –Khaleesya Adni-

Mampukah Khaleeda merasai nikmat sebenar bahagia kerana perjalanan hidupnya tidak pernah sepi dari diganggu dugaan dan derita. Segalanya telah tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.

“Kucoretkan segala bahagia di sini, agar dapat aku simpan memori bersamamu… I love U.”

Selamat Memberi dan Membaca. Selamat berpuasa.


Stokin Candy Crush Saga


Assalamualaikum

9 Ramadhan 1434H.

Sapa men game Cnady Crush Saga angkat mouse.Haha.. Syeeda pun dah terjebak dengan game ni. Ok la game dia tak kena taman pokok bagai lepas tu kalau tak kutip habis mati. Memang menguji kesabaran la. Dulu masa mula men game ceklat ni best la juga, tapi bila dah lama-lama bosan la pulak tapi still layannn. 


Tadi tengah khusyuk men game ceklat ni, tertengok la diorang iklan jual stokin candy crush saga. Hamboi, siap ada stokin. Sapa nak beli silalah. Haha. Takut tak terpakai ja, stokin yang ada pun berlungguk dalam almari. Kalau buat pakai time tidur ok lah kot..




Wednesday, July 17, 2013

Ada Letrik Ka?


Seminggu sudah berpuasa. Syukur Alhamdulillah. Tiba-tiba teringat pula dekat sorang klien yang datang pejabat haritu. Dek kerana pejabat tu kena buka kasut bila masuk, maka semua orang wajiblah tinggalkan kasut sebelum melangkah masuk ok.

Rancak sembang, tiba-tiba pak cik ni angkat kaki dia macam terkejut. Dia pun tanya Syeeda.

"Lantai ni ada letrik ka? Kaki pak cik kena shot (renjatan).." 

Hati dah tak sedap. Bila masa pula ada letrik dekat latai pejabat ni. Uish bahayanya.. Takkan cyber cafe kat bawah pejabat ni punya hal kot.

Lama juga fikir punya fikir. Ntah-ntah......

"Pak cik, tu ubat stapler jatuh. Tercucuk kaki pak cik.."

Memang betul pun. Haha. Kaki dia terpijak ubat stapler yang jatuh atas lantai.

Uish nampak sangat Syeeda malas cuci karpet yang penuh dengan ubat stapler yang baru diceraikan dari kertas-kertas. Maap ya pak cik, nanti saya sapu ok. Saya pun pernah terkena pak cik, lagilah ubat stapler yang giant tu.

Selamat bersahur.



Saturday, July 13, 2013

Senarai Pemenang Simple Ga By Syeeda Saniey Yang Sudah Bagi Details


Assalamualaikum


Setelah menunggu details daripada Pemenang Simple Ga by Syeeda Saniey, sekarang Syeeda nak update yang dah siap bagi details. Kalau yang tertinggal sila bagitahu ok. Kalau dah selesai, Syeeda akan start post hadiah minggu depan. 

1x Beg Aksesori : 

2x Brooch: 

2x Fm : 

1x frame : 

4x Keychain : 

4x Bookmark : 

Masih ada yg belum hantar details sehingga kini. Oleh itu, syeeda akan buat 4 cabutan lagi.


Ibu Yang Baik


Assalamualaikum

Ramadhan ke-4 diiringi dengan hujan pagi ni. Syukur Alhamdulillah. Taklah terasa penat dan kering tekak macam kelmarin.

Pagi ni Syeeda terlewat bagi makan si chomelsss. Terlelap di atas sofa yang empuk. Terjaga terus je jenguk diorang. Alahai belum maman lagi korang, kesiannya. Dek kerana kelewatan tu, si mum kucing yang diberi nama Tobel ni dah siap awal-awal pagi pergi cari makanan. Anak dia ada tiga ekor + anak angkat sekor.. memang terbaiklah. Anak angkat yang berbulu lebat tu dah jadi anak kesayangan dia pun..huhuuu

Nak tahu dia bawa balik apa untuk anak-anak dia? Cucur udang dengan fishcake. Entah tang mana la dia sapu tak tau la.. Tapi bukannya dia makan, dia bagi anak-anak dia makan. Yang dia mengiow kelaparan Wow respect sama lu la Tobel. Dia ni memang spesies ibu terbaiklah. Semua dia jaga tak kira anak ka cucu ka. Hahaa

Tobel yang berhidung hitam pokat tu..hiii yang sebelah tu anak dia

Tobel ni dulu entah datang daqi mana tak tau lah. Merayau-rayau di rumah Syeeda. Lastly kami sekeluarga ambik keputusan bela dia sebab memang rumah kami port kucing bersiar-siar. Hii Tahun 2009, sekarang dah 2013.. Dah lebih kuran 5 tahun kami bela dia. 



Nak Kahwin Juga


Assalamualaikum

Segar bugar rasanya pagi ni. Biasalah dilanda mood cuti hujung minggu. Cuba kena kerja, memang jadi lemah longlai la..huhuu

kahwin awal kahwin muda

Semalam kawan Syeeda mesej di facebook minta alamat rumah, nak hantar kad katanya. Ni mesti nak hantar kad raya ni, biasanya kalau kawan-kawan minta alamat time ni sah lah nak hantar kad raya kan. Dengan penuh excited, Syeeda pun bagilah dan minta balik alamat dia, bolehlah pos kad raya dekat dia nanti.

Sekali dia tanya Syeeda balik 'nak kahwin jugak ka?'. Lah kad kahwin rupanya. Adoi termalu sendirilah haku. Dia nak pos kad kahwin dia rupanya..heee 

Maka secara automatik terkeluarlah ayat-ayat cover malu. Apepun tahniah la kawan, jodohmu dah sampai, jodohku entah di mana pun tak tau la. InsyaAllah bila kad sampai, orangnya pun sampailah nanti ke majlis.

Eskrim Wall



Friday, July 12, 2013

Rindu Berpuasa di UUM


Assalamualaikum

pak cik google kasi

Alhamdulillah hari ni dah 3 Ramadhan dan Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Dulu masa puasa dekat uum Sintok, memang dah macam perantau la jugak walaupun tak layak dikategorikan sebagai perantau pun..haha Dah Penang dengan Kedah tu berjiran, merantau ape nya.. Balik kampung tak payah nak tempah tiket bagai, naik je bas lompat-lompat, 2 jam sampai la Butterworth.

Dulu masa berbuka puasa di uum, makan je apa yang ada. Kalau ada kelas petang, balik kelas tu bolehlah singgah bazar dekat masjid uum. Kalau tak de, kadang-kadang merajinkan jugaklah diri ni ke bazar tu. Nak jalan kaki mau 10 minit jugak rasanya. Tapi bila jalan ramai-ramai, kurang la sikir kepenantan tu. Kalau malas, turun cafe tapau nasi dengan dua jenis lauk pun dah cukup.

Kalau dah gi bazar, tak sah pulang dengan tangan kosong. hihi penuh dua belah tangan. Siap beli untuk simpan sahur lagi. Dah tak peduli tahan ke tak sampai sahur nanti.. adoi Alih-alih tak terbangun pun sahur.. membazir makanan ja. Memang santai ja puasa time study. Tapi tetap rindukan masakan mak memang la, sapa tak rindu.. Tarawih pulak ada la jugak pergi walaupun tak selalu. 

Yang paling ingat berbuka dalam bas masa nak balik cuti raya. Ambil bas dalam sebab tak larat nak tukar-tukar bas dekat Alor Setar nanti dan sah-sah la ramai. So, ambil bas dalam. Tunggu dekat alumni junction lepas asar. Sampai dekat Seberang Jaya dengar azan maghrib, kami yang hanya empat orang gadis-gadis melayu ni jamahlah bekalan roti dan air kosong, jadilah kan. 10 minit sampailah di Butterworth. Itu kot kali terakhir berpuasa di uum. Lepas tu asal time puasa ja, cuti semester yang panjang tu..

Rindu memang rindu. Tapi memang dah sah la tak dapat nak putarkan balik masa tu. Sekarang pun dah kerja, suasana tu lain la. Tapi dapatlah berpuasa dengan keluarga. Itu lah hikmahnya kan.
p/s : umur pun dah makin meningkat 



Thursday, July 11, 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama Bagi Lepasan STPM/SETARAF Sesi Akademik 2013/2014


Assalamualaikum

Logo KPT

Semakan keputusan kemasukan ke IPTA bagi program Ijazah Pertama untuk pelajar lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2013/2014 boleh disemak melalui :

Saluran 1 : Lembah Klang
Saluran 2 : Utara
Saluran 3 : Selatan
Saluran 4 : Sabah
Saluran 5 : Sarawak

Permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 11 Julai hingga 21 Julai 2013. Sebarang masalah sila ke laman sesawang Sektor Pengajian Tinggi/mohe

p/s : Tahniah semua. Rindu detik-detik ni. Syukur alhamdulillah.



Samah Daging Juadah Soq


Assalamualaikum



Sedar tak sedar dah hari kedua kita berpuasa. Kejapnya masa berlalu kan. Biasanya time soq (sahur) mak Syeeda yang masak. Apalah pemalasnya Syeeda ni kan. Huhu. Syeeda cuma bangun sendukkan nasi je.. Mak Syeeda dah tumis siap bahan-bahan samah, bangun pagi tinggal nak masukkan santan jela. Semalam siap main cium rempah lagi sebab nak pastikan mana satu rempah samah yang dah hilang tulisan dekat plastik dia. Last-last asyik bersin je semua..

Rempah mamak Ali memang terbaik. Kalau korang pergi pasar awam kepala batas, tanyalah orang di situ kedai rempah mamak ali. Terbaik, macam-macam jenis rempah dia jual.

Berbalik pada cerita soq tadi, maka siaplah hidangan samah daging yang cukup menyelerakan bersama telur dadar dan papadom. Maap la tak sempat nak snap pic.

P/s : Dah separuh hari berpuasa. Alhamdulillah cuaca redup je..

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan juga menunaikan solat tarawih malam ni. Esok kita bakal berpuasa. 


Selamat menunaikan ibadah puasa. Di kesempatan ini, Syeeda ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara, terlebih kata-kata, terguris hati.. minta maaf ya semua.
Sama-samalah kita beramal di bulan yang penuh barakah ini.

Wasalam

Saturday, July 6, 2013

Keputusan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 55


Assalamualaikum


Berakhir sudah Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Berikut adalah senarai pemenang qari dan qariah.


Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 55 Tahun 1434H/2013M



QARI :

1. 93.26% - Indonesia
2. 92.38% - Iran
3. 89.55% - Malaysia
4. 89.19% - Bangladesh
5. 87.67% - Lubnan
6. 86.91% - Morocco
7. 86.71% - Belgium
8. 86.17% - Thailand

QARIAH:

1. 91.27% - Morocco
2. 88.08% - Malaysia
3. 87.67% - Thailand
4. 86.46% - Brunei
5. 85.88% - Mesir
6. 85.56% - Indonesia
7. 76.75% - Singapura
8. 76.55% - Maldives

Tahniah buat semua qari dan qariah yang telah bertanding. Kalah menang bukan ukurannya. Untuk senarai penuh nama pemenang, jangan lupa beli surat khabar esok.. (^_*)

Selamat malam.

Wasalam


Friday, July 5, 2013

Malam Terakhir Peserta Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Memperdengarkan Bacaan


Assalamualaikum

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 55 Tahun 1434H/2013M

Sekarang di RTM 1 sedang berlangsungnya majlis tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa. Peserta ketiga malam ni sedang memperdengarkan bacaannya, iaitu peserta dari Algeria .Semalam qari Malaysia, Anuar Hasin sudahpun memperdengarkan bacaannya. Tunggu pula qariah kita.

Malam ni adalah malam terakhir untuk sesi memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran, dalam malam esok 6 Julai 2013 merupakan malam penyampaian hadiah. Sama-sama kita nantikan..

Mak Syeeda pernah cerita masa zaman dia dulu, orang kampung sanggup sewa tv semata-mata nak tengok tilawah ni. Kalau rumah yang memang ada tv, memang penuh la rumah tu dengan orang ramai. Meriahnya kan..

Selamat menonton.



Thursday, July 4, 2013

Ombak Tinggi di Padang Kota Lama


Assalamualaikum

Hari ni ombak tinggi kembali melanda dengan ketinggian kira-kira 3.5 meter hingga menyebabkan air melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa buah kereta yang diparkir di kawasan letak kereta (sumber berita harian).

Ehsan fb KMPP

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata, fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga esok.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini, hari ini.

Bencana alam datang bila-bila masa sahaja tanpa kita sedar, jadi sentiasalah berhati-hati. Setiap apa yang berlaku itu adalah ujian daripadaNya. 



Akasia : Demi Dia


Assalamualaikum
TEDUHAN KASIH dah pun tamat. Rindu pula dekat Adam. huhu Semalam, dah pun bermula drama baru DEMI DIA arahan Aziz M Osman.


Dibintangi oleh Elfira Loy (Azura), Zoey Rahman (Zack), Amar Bahrin, Dynas, Ucop Wilcha, dan ramai lagi.

Sinopsis :

Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga.Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura. Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya.

Bermula 03/07/2013 jam 7.00 petang di TV3.


p/s : Selamat menonton


Angkara Durian



Assalamualaikum

Hari ni hujan dari pagi sampai tengahari, mood macam biasalah kalau dah hujan-hujan ni. hee Minggu ni saja rezeki durian datang bagaikan durian runtuh.  Durian runtuh??haa Terima kasih kepada yang sudi kasi durian. Satu rumah dapat perfume free, haruman durian. Wangilah jugak.

Apalagi kalau bertentang dengan raja buah ni, melahap sakan la kan. Tak kira waktu, pagi petang, siang malam selagi ada la depan mata. Dua pagi breakfast pulut durian, nasiblah tak mengantuk time kerja. 

Sedap memang sedap, tapi dah mula rasa kesannya ni. Badan dah panas sikit, tekak dah mula sakit, hidung dah berair. Yela dah makan durian tak pula nak minum ayaq banyak-banyak. Inilah jadinya. Pe pun takkan serik punya makan durian, Raja Buah tu. Kalau buat crepe pun sodap ni. Bahan-bahan dah ada..hee



p/s : Nak update drama Demi Dia lah..hee



Wednesday, July 3, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...