PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Sunday, June 30, 2013

Pemenang Simple Giveaway by Syeeda Saniey


Assalamualaikum

Sebelum Syeeda nak umumkan pemenang, sila semak nombor korang di SINI dulu ok.

PEMENANG
2x fm Pulau Mutiara



PEMENANG
4x Keychain Pulau Mutiara





PEMENANG
1x frame gambar


PEMENANG
1x beg aksesori


PEMENANG 
4x bookmark mutiara kata





PEMENANG
2x brooch



Kepada pemenang-pemenang, sila hantarkan :-

Nama penuh :
Alamat :
No. telefon :  
link entri korang :

ke email nursyeda89@gmail.com untuk urusan penghantaran hadiah. Selewat-lewatnya sehingga 07/07/2013. 

Terima kasih daun keladi,
Ada masa kita buat giveaway lagi.

Wasalam

Izinkanku Memilihmu... Bersiap sedia peserta Simple GA by Syeeda Saniey


Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu


Tadi Syeeda janji nak umum jam 9.00 pagi. Tapi rasa macam cepat jer kan. Gi pun mesti korang tengah  sibuk memasak kat dapur kan time tu..hii Jadi tadi Syeeda buat last check SENARAI PESERTA kejap, yela takut tertinggal pulok. semuanya ada 51 orang. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sudi join. 

Lepas je entry ni, Syeeda akan minta pak cik Random bantu Syeeda untuk pilih pemenang ok. Jadi tunggulah entry seterusnya. Jeng jeng jeng

Wasalam

Saturday, June 29, 2013

PERHATIAN to PESETA SIMPLE GA by SYEEDA SANIEY



Assalamualaikum

Alhamdulillah segala tanggungjawab hari ini sudah pun selesai dilaksanakan. Untuk Giveaway ni pula, sila semak link korang ada atau tidak ok.

Semak di SINI

GA ni akan tamat beberapa jam sahaja lagi. Mohon check segera ok, maybe esok Syeeda nak umum pemenang ok. Express untuk kali ni..hiii Syeeda akan umumkan pada jam 9.00 esok. Semak cepat-cepat ye.

Gud Luck ok. 

Wasalam

Thursday, June 27, 2013

SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey

Assalamualaikum

TAMAT

Syukur alhamdulillah selamat Syeeda pulang ke Penang setelah dua hari bertandang ke Terengganu. Hari ni dapatlah rehat sebelum masuk kerja esok. Jadi hari ni Syeeda nak merasmikan "SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey"


Syarat-syarat penyertaan:
  • follow blog Syeeda Saniey
  • beralamat di Malaysia
  • buat satu entry dengan tajuk "SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey"
  • Jangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
  • Like SINI (tak wajib)
  • Sudi-sudilah membantu Syeeda di SINISINI, dan SINI :-)
  • Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.
Tarikh Tutup: 
29 Jun 2013, jam 11.59 malam

Cara pemilihan pemenang:

Bantuan Uncle Random.org

Simple je kan. Selamat mencuba. Mana tahu ada rezeki anda.


UPDATE SENARAI PESERTA (updated on 26th Jun 2013)
SENARAI HADIAH

Wasalam



TEDUHAN KASIH : Ayu yang psiko

Assalamualaikum

Apa perasaan tengok TK tadi? Sah kena kaw kaw si Ayu tu. Minah psiko betul la. Memang muka tak tahu malu, nak rampas suami orang pulak. Kalau ikut novel, Ayu ni nanti gila kot. Tapi tak tahu lah kalau diubah ok. 


Kalau tak silap Syeeda part Ayu perangkap Ehsan ni pun tambahan. Kalau silap tolong betulkan ok. Entah kenapalah ada juga manusia macam Ayu tu kan. Tak boleh nak tengok kebahagiaan kawan sendiri. Memang musuh dalam selimut betoi. Over sudah emosi gara-gara Ayu. Apa reaksi Effa bila dapat tahu suami dia kena tangkap khalwat nanti erk? Adakah Jenny akan buka mulut? Tunggu minggu depan.

P/s : Kejapnya masa berlalu.

Wasalam

Wednesday, June 26, 2013

UPDATE : SIMPLE GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY Dilanjutkan.

Assalamualaikum


Alhamdulillah walaupun tak cecah 100 orang yang join GA Syeeda. Syeeda tetap teruskan GA ni. Mungkin hadiah yang teramat simple kot.hihii Maap ye buat masa ini itu je yang termampu. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kta buat Mega Giveaway pula. Boleh invite sponser ye idak.. =)

Syeeda dah update sebenarnya peserta-peserta GA, tapi tetiba laptop terpadam dan bila buka balik semua lost. Tudia nak kena isi balik. Itulah padahnya tak save dulu..huhu. 

Ok, Syeeda nak lanjutkan due date GA ni, tarikh barunya sehingga 29/06/2013 jam 11.59 malam. InsyaAllah pagi Ahad tu Syeeda akan terus umum pemenang ok. Ajak le reramai meriahkan GA ni tau..

Wasalam

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1434H/2013

Assalamualaikum


Majlis tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan sudahpun pun berakhir KLIK SINI yang dilangsungkan di negeri Kelantan.. Dan keputusannya ada di SINI. Kini tibalah masa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa mengambil tempat

Tarikh : 29 Jun 2013 hingga 06 Julai 2013
Tempat : PWTC

Kali ini peserta negara kita akan bertanding bersama-sama dengan qari dan qariah dari luar negara. Jangan lupa saksikannya ok. 

Wasalam

Tuesday, June 25, 2013

IPU Terkini

Assalamualaikum

masih berjerebu di kawasan korang? Kat tempat Syeeda hujan pagi ni, jadi berkurang sikit la. Tak ada bau asap lagi. Syukur Alhamdulillah.

Dalam kotak merah tu ipu jerebu di tempat syeeda yang dah meningkat dari semalam. Nak tahu IPU di tempat korang klik je SINI. Jaga kesihatan semasa jerebu ok. 

Wasalam

Monday, June 24, 2013

Jerebu Dah Sampai..

Assalamualaikum

Pagi ni cuaca elok, panas. Tapi mai tengahari cahaya sang matahari tak begitu kuat memancar. Adus nak hujan ker? Pergi tengok dekat tingkap, woww jerebu. Sebelum ni negeri yang dok tang sebelah utara ni tak berapa kuat tempias jerebunya. Alih-alih pagi ni, teruk jugak.

Bau asap! Tak selesa pula rasanya nak buat kerja. Rasa sakit kepala , kerongkong pun rasa kering dan sakit. Topeng jerebu memang xdak la. Itulah tak sediakan payung sebelum hujan..hihiii Ada pic tapi tak boleh nak masuk komputer, nak kena ada kad reader bagai. (biasalah handset cabok ja).

Apapun jerebu dah selamat sampai pun di Pulau Pinang. Kita kena redha. Ini ujianNya kepada kita. Terima seadanya ok. Oklah jom sambung kerja. Waktu rehat dah nak habis la. 

P/s : Tadi baru daftar ChurpChurp, moh la derma sikit kat Syeeda. Klik SINI , SINI , dan SINI . Terima kasih daun keladi.

Wasalam


Friday, June 21, 2013

Update Jugak : Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum

SSID cukup meninggalkan kesan di hati penonton nampaknya. Ramai update status pasal SSID malam ni..
Syeeda pun sempat jugak la nonton tadi sambil lipat baju 3 lori. Maklumlah sibuk kerja (sibuk la sangat)..



SSID adaptasi novel keluaran KARYA SENI hasil nukilan ZURA ASYFAR


Ok lah selamat menonton yerk untuk episod seterusnya minggu depan.

Wasalam

Freebies : Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Petang ni mood rajin dah datang. So Syeeda ada try buat 'Assalamualaikum' greeting. Kat sini Syeeda lampirkan sekali lah. Kalau ada yang berkenan sila lah ambil..hiii


Nanti Syeeda upload banyak-banyak lagi ok. Maap la kalau tak segak noo.



Penang Hill View

Nak kabo le sikit ni, aritu lepas balik dari Terengganu, sampai Penang dalam pukul 5.00 pagi gitu lah. Awal benor yerk. Dengan perut buat hal masa tu, memang tragis jugak la. Nasib drebar tu berhenti makan jam 12 tengah malam tu.. Setibanya di Terminal sementara Butterworth. Parents datang ambil, kesian juga kacau diorang tidur tapi memandangkan keropok-keropok yang diimport dari Terengganu melebihi muatan nak naik bas pulak mana ada pagi-pagi buta, jadi diorang datang ngambil. Siap ada roadblock lagi dekat Lingkaran Luar Bwth. 

Tengahari tu, Syeeda dengan family bawa member yang tumpang balik sekali jalan-jalan Penang lepas beli tiket. Tiket basnya petang kol 7 jadi sempat la jejalan kejap. Alang-alang dah sampai bumi Penang ni kan. Bawa naik feri gitu.

Dapat jela naik Bukit Bendera. Jalan jam. Kereta api pun boleh tahan jem jugak dengan pelancong. Almaklum lah cuti sekolah.. Lepak-lepak kejap kat atas sambil makan tengahari, solat zohor dekat masjid BB, ambil gambar sikit, pastu kami pun turun sebab takut jalan jam. 

Dapatlah snap sekeping untuk tatapan korang

Kami sampai dekat terminal sementara Butterworth pukul 6 gak. Ramai sungguh orang. Yela cuti sekolah last day, ramai nak balik ke rumah masing-masing ler. Ada la sikit member beli jeruk madu pak ali ole-ole dia untuk kawan-kawan dia di Perak.

Selesai dia naik bas, kiteorang tak terus balik. Terjah pulak ke AEONBIG Seberang Jaya. Memang tak rehat kot dari balik Terengganu, tapi tetap enjoy, tak rasa letih pun. Sempat juga makan dekat foodcourt nya. Try makan nasi paprik Hussain Nasi Kandar. Pergh terbaik. Tapi sedihnya tak dapat intai buku dalam HASANI BOOKSTORE (tempak wajib ok).

Malam tu sampai rumah pukul 10 lebih gak. Sempat lagi tapaw KFC untuk dimakan dekat rumah pulak (memang perut tong)   

Ok Selamat Hari Jumaat. Tata. 

Wasalam

Senarai Hadiah Simple Giveaway by Syeeda Saniey

Assalamualaikum

hari ni Syeeda nak update hadiah. Mesti ramai dah termimpi-mimpi apa hadiah syeeda nak kasi ni.
Hadiah simple-simple jerk. Hadiah bajet gitu. 

  • 2x fm Pulau Mutiara (boleh la tempek kat peti ais)
  • 4x keychain Pulau Mutiara
  • 1x frame gambar
  • 1x beg aksesori
  • 4x bookmark mutiara kata by Syeeda Saniey
  • 2x felt brooch
Ilustrasi gambar hadiah Syeeda tampal nanti owhke.
Good Luck.


Wednesday, June 19, 2013

Ending Teduhan Kasih

Assalamualaikum
selamat beristirehat di petang hari.

Malam ni drama Teduhan Kasih di slot akasia tv3 dah masuk episod 21. Ehsan dan Effa dah pu selamat diijabkabulkan semalam. Ye idak? Ini baru separuh cerita kalau dalam novel..


ehsan Google

jom KLIK SINI

Selamat pengantin baru buat Ehsan dan Effa. Adam dapat papa baru ye.. Suka la dia. Nak tau endingnya kena la nonton sampai episod akhir drama TEDUHAN KASIH. Harap-harap endingnya sama la macam dalam novelnya ye. 

Syeeda dah habis baca novelnya. Interesting.


Selamat menonton.

p/s : Solat dulu sebelum nonton nanti..

JOM BUAT DUIT.


Wasalam


Terbaru daripada Kaki Novel.

Assalamualaikum
selamat bekerja owhke. Kaki Novel dah ada novel terbaru. Baru tadi Syeeda google KakiNovel. Dah boleh langgan di Kaki Novel.

DIA YANG AKU PILIH
DYAP2
KARYA : Rafina Mimi Abdullah
SINOPSIS :
Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki.
Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.

Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.

Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.

Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?

“Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih.”

CINTA MASAM MANIS
Cinta Masam Manis

KARYA : Wardina Aisyah
SINOPSIS :
Kemalangan kecil di jalan raya menjadi detik pertama pertemuan Tengku Danish dan Qisya. Mereka bertegang urat dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi.

Bermula dari situ, setiap pertemuan yang berlaku pasti kedua-duanya akan bercakaran. Macam kucing dengan tikus. Qisya laju dia gelar lelaki itu Bapak Jin. Katanya, nama itu cukup sesuai dengan Tengku Danish yang memang perangainya tak ubah seperti Bapak Jin. Disebabkan sikapnya inilah Tengku Danish dengan senang hati telah memberi gelaran ‘Perempuan Gila’ kepada Qisya. Menambahkan lagi api kebencian Qisya kepada Tengku Danish.

Dalam satu majlis pelancaran Galeri Seni Lukis Raja Rezza, Intan Natasha yang sememangnya mencintai Syed Aiman telah membuat tindakan melulu memalukan Tengku Danish di hadapan semua orang kerana tersalah anggap Syed Aiman menolak cintanya akibat hasutan Tengku Danish. Untuk mempertahankan dirinya dan ego yang tinggi melangit itu, Tengku Danish membuat pengumuman dia akan berkahwin dengan Qisya.

Dalam mencari penyelesaian atas masalah yang Tengku Danish timbulkan, kedua-dua belah keluarga bersepakat menyatukan mereka berdua tanpa mengetahui bahawa perkahwinan itu berlandaskan perjanjian kontrak selama satu tahun.

Dalam melayari hidup berumah tangga, pasangan ini sering bertengkar hingga mereka akhirnya sudah boleh berkawan. Mereka berdua bahagia sebelum Intan Natasha datang kembali dan mengeruhkan keadaan. Qisya yang salah sangka telah membawa diri jauh dari kota Kuala Lumpur. Manakala Tengku Danish pula hilang arah mencari isteri tersayang.

“Cinta ibarat buah oren. Ada masam, ada yang manis. Walaupun begitu… kita tetap suka, kan?”


TERIMA KASIH CINTA
Terima Kasih Cinta
KARYA : Lya Zara
SINOPSIS :
“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”

Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut...
Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut?’
Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu?
“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut.”
Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?
 “Untuk sempurna yang kau ciptakan... untuk bahagia yang kau titipkan... terima kasih, cintaku.…”
Selamat membeli dan membaca ok.
Ehsan KAKINOVEL
Wasalam

Tuesday, June 18, 2013

Susu Lembu Segar Hector - Kakimotong


Assalamualaikum
panas sungguh cuaca hari ini. Sudahnya Syeeda kena jadi despatch hari ni.

Balik office terus baca entry daripada Kakimotong. Wah kakimotong sudah ada jenama susu sendiri.
Terbaiklah. Jom ramai-ramai kita beli nanti ok...



Ini dia susu segar yang dimaksudkan tu. Nanti PH akan war-warkan bila susu ini akan berada di pasaran.
Lebih molek jika baca entry Kakimotong dan baca kisah-kisah PH. 

p/s: Apa khabar Iyo? Rindu sama kamu laa..

Wasalam

Friday, June 14, 2013

Keputusan Penuh Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan kali ke 56

Assalamualaikum



Bermula 10 Jun lepas, majlis tilawah al-Quran malam ini merupakan malam terakhir. Dan sebentar tadi, ketua juri terlah mengumumkan keputusan.

QARI:

Tempat pertama : Anuar Bin Hasin (Perak) - 92.33%
Tempat kedua : Amirrahman Bin Abbas (Negeri Sembilan) -89.67%
Tempat ketiga : Mohd Hafas Bin Ali (Terengganu) - 86.67%

QARIAH:

Tempat pertama : Hanimzah Binti Hj Jalaluddin (Pahang) - 88.34%
Tempat kedua : Nor Azrah Binti Ayub ( Johor) - 86.00%
Tempat ketiga : Marziah Binti Mohd Deli (Kedah) - 84.34%

Johan Keseluruhan : Perak

Tamat sudah tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan. Jangan lupa tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa yang bakal menyusul.

Wasalam

UPDATE Peserta Simple Giveaway by Syeeda Saniey

Assalamualaikum

Baru hari ni Syeeda sempat update senarai peserta. Bila dah kerja ni biasalah..hihi

Terima kasih kerana sudi join GA syeeda yg tak seberapa ni. 
Check nama korang ok..

1. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
2. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
3. http://greenielife23.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
4. http://xeerazara.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
5. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
6. http://rainyshiningshinee.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
7. http://mininominomi.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
8. http://wawarosli.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
9. http://al-kisahbudaksengih.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
10. http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html

11. http://farraanuar.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
12. http://chenta-taugeh.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
13. http://akucintakantuhanku.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
14.  http://keymekeymoo.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
15.  http://ilovecontestandgiveaway.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
16. http://baitihosaini.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
17. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
18. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
19. http://adhiemenulis.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
20. http://adudupurple.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html

21. http://supernaddyss.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
22. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
23. http://faralalalala.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
24. http://akmanakmenang.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
25. http://i-am-overtherainbow.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
26. http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
27. http://fattytissue.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
28. http://izaismail.com/umum/simple-giveaway-by-syeeda-saniey/
29. http://aishaulong.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
30. http://chenta-spanarskru.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html

31. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
32. http://umikasum.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
33. http://miaduniaku.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
34. http://thisforjoin.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
35. http://lienliedot.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
36. http://ihazaliza.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
37. http://suamikutakmandipagi.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
38. http://nanaownlife.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
39. http://cikamal.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
40. http://akudreamgirl.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html

41. http://izad-mohd.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
42. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
43. http://www.cikfie.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
44. http://villahaslie.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
45. http://www.fatindiana.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
46. http://princessfeyqa.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
47. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
48. http://sicomotizati.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
49. http://shalmilanadya.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html
50. http://aisyahbudakblog.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html

51. http://namiqa.blogspot.com/2013/06/simple-giveaway-by-syeeda-saniey.html


Kalau ada yg Syeeda tertinggal, sila beritahu ok..

Thursday, June 13, 2013

Novel Terbaru Jun/Julai 2013

Assalamualaikum

Gaji hujung bulan, tapi dah ada novel baru nih. Tak pe, buat window shopping dulu ok.
Nanti bajet-bajet la yang mana nak beli k..


Tajuk : MR. PAI EPAL
Terbitan : Karya Seni
Penulis : Mardihah


Tajuk : HELO, SI MERAH JAMBU
Terbitan : Alaf 21
Penulis : Yatie Atiqa


Tajuk : PERGI TANPA ALASAN
Terbitan : Idea Kreatif Publication
Penulis : Hani Fazuha


Tajuk : DULU BENCI SEKARANG SUKA
Terbitan : Buku Prima
Penulis : Rose Eliza


Tajuk : JIKA KAU ADA
Terbitan : Buku Prima
Penulis : Dyza Ainun


Tajuk : CINTAKU BUKAN MURAH
Terbitan : Alaf 21
Penulis : Aleeya Aneesa


Tajuk : AKU TURUT BAHAGIA
Terbitan : Alaf 21
Penulis : Asmah Hashim


Tajuk : CINTA DORAYAKI
Terbitan : Alaf 21
Penulis : Izza Aripin


Tajuk : DIA.. RANDOM GUY
Terbitan : Idea Kreatif Publication
Penulis : Farah Husain


Tajuk : UNIKNYA CINTA
Penulis : Sha Ibrahim

Photo: Novel Terbaru Terbitan Fajar Pakeer : JUN 2013

Tajuk: CINTAKU AT SCHOOL
Penulis: NANA BILLA
ISBN: 978-967-365-165-8
Harga: RM21.00 / RM24.00

“Papa, Nia mintak maaf. Sebab Nia, papa jadi lumpuh macam ni.”

Bila rasa bersalah menyelimuti diri, apa pun sanggup dilakukan. Akhirnya, hasrat si bapa yang mahu lihat dia lebih terjaga membuatkan dia akur. Gelaran isteri kepada Firzad Amsyar disandang Nia Nalia pada usia yang muda.

Atas alasan tertentu, Nia Nalia dan Firzad Amsyar berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apabila cinta mula menggebu, apabila hati sudah ada penghuninya, terjadi pula peristiwa yang membuatkan Firzad Amsyar seperti bertepuk sebelah tangan. Nia Nalia hilang ingatan! Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari, benci akhirnya bertukar sayang. Namun, perhubungan Nia Nalia dan Ryan Asyrah yang tidak jelas, salah faham Nia Nalia terhadap perhubungan Firzad Amsyar dan Nazifa, membuatkan salah faham demi salah faham terjadi antara mereka.

“Suami yang tak cintakan isteri dia? Itu yang awak kata suami? Lagipun masa Nia ke sana, Nia akan pastikan kita dah tiada apa-apa hubungan.”

Bagi Nia Nalia, untuk apa dia menyeksa Firzad Amsyar supaya bersamanya sedangkan hatin itu adalah milik Nafiza. Bagi Firzad Amsyar pula, pelarian Nia Nalia meremukkan hatinya apatah lagi pelariannya adalah bersama Ryan Asyraf. Lantas, kecurangan isteri didendami.

Bertahun tidak berjumpa, Nia Nalia sedar cintanya masih untuk Firzad Amsyar lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal. Namun, masih kekalkah status itu buat Nia Nalia? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Firzad Amsyar akan membuatkan rasa cinta yang disimpannya selama ini hilang mekar bunganya? Sejauh manakah kehadiran Ryan Asyraf dan Nazifa dalam hidup Nia Nalia dan Firzad Amsyar?
Tajuk : CINTAKU AT SCHOOL
Terbitan : Fajar Pakeer
Penulis : Nana Billa

Photo: Novel Terbaru Terbitan Fajar Pakeer : JUN 2013

Tajuk: KEKASIH UPAHAN
Penulis: EYLA HIME
ISBN: 978-967-365-164-1
Harga: RM21.00 / RM24.00

Jantina perempuan, umur nak masuk 33 tahun, bujang, bekerja sebagai akauntan di Maju Corp. Muka? Boleh tahanlah. Tak adalah tak lawa. Tapi tak adalah lawa sangat. Orang kata average? Ya, average! Perangai? Err… Boleh dikatakan agak kasar. Penampilan? Hmm… T-shirt yang terlebih-lebih besar, seluar jean yang longgar. Tapi kalau pergi kerja, okeylah… Tak selebet. Dan itulah Nazratul Badriyah.

“Woi, aku tak curi dompet kaulah! Kebetulan aku terjumpa dompet ni kat bawah pokok tu, ha! Aku nak bawak pergi repot kat balai polis. Bukannya nak curi, ngok!”

Zaril dah merasa sakitnya dicampak ke tanah sebab perempuan yang bernama Nazratul Badriyah itu ingat dia nak curi dompetnya. Tak pernah-pernah ada orang mencampaknya ke tanah dengan menggunakan teknik judo. Lebih-lebih lagi perempuan pula tu! Tapi bila dia kenal Nazratul, tengok perangai minah yang enam tahun lagi tua daripadanya, Zaril mula rasa sesuatu dalam hatinya.

Nazratul yang terdesak dan Zaril yang sudi menolong, menjadikan pertemuan demi pertemuan berlaku. Rancangan asal Nazratul hanya mahu menyewa Zaril untuk sehari bertukar menjadi bulanan dek kerana Afham, bekas kekasih hati Nazratul yang tak henti mengejar.

Dalam Zaril mula meluah rasa, Nazratul mula berpaling kembali kepada Afham atas satu alasan hingga mereka mengikat tali pertunangan. Zaril yang mahu melihat Nazratul bahagia, hanya merelakan perhubungan Nazratul dan Afham walaupun hakikat hatinya terasa sakit. Namun, saat hari bahagia Nazratul dan Afham semakin hampir, hati Nazratul mula berbelah bahagi. Dia tahu dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada Zaril. Tapi… Hati Afham, tidak sanggup dikecewakan.

Antara Zaril dan Afham, siapakah pilihan hati Nazratul? Atas alasan apakah Nazratul kembali menerima Afham? Mampukah Zaril, kekasih yang diupah Nazratul, menambat hati Nazratul?
Tajuk : KEKASIH UPAHAN
Terbitan Fajar Pakeer
Penulis : Elya Hime


Tajuk : SUDI KATA SUDI
Terbitan : Fajar Pakeer
Penulis : Adah Hamidah

Photo: Terbaru Terbitan LOVENOVEL PUBLICATION

Tajuk: HANYA MILIKMU 
Penulis : SITI AUNI
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00

Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya

Sinopsis :

Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya.

Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari.

Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu.
“Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!” – Tengku Harith.

Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?
“Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..” - Ustaz Amirul

Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?

Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.

Dan cinta itu pasti akan menjadi miliknya… suatu hari nanti.
Tajuk : HANYA MILIKMU
Terbitan : Lovenovel Publication
Penulis : Siti Auni

Rasanya setakat tu dulu. Maaf ye tak lampirkan sinopsis, sangat panjang maa. Korang rajin-rajin lah update dekat SINI atau lebih afdal ziarahlah tuan rumah novel-novel ni dekat ALAF 21 , KAKI NOVEL , BUKU PRIMA , KARYA SENI , P2U , dan seangkatan dengannya.

Jangan lupa join Simple Giveaway By Syeeda Saniey ok.

p/s : Ada pesta buku tak?

Wasalam


Kenapa Iklan Jam Selalu Pukul 10.10

Assalamualaikum
Merasmikan entry Tengah Malam.

Topik tengah malam yang Syeeda nak kongsi, diharap mata tu segar bugar lagi untuk membaca yer. Ramai lagi yang tengah online nampaknya.


Kenapa kalau kita pergi kedai-kedai jam, mesti jarum jam akan duduk pada pukul 10.10? Nak tahu kenapa? Sebabnya...

  • Secara logiknya, biasanya semua jam mempunyai logo yg terletak di bawah atau di atas posisi 12 dan 6, jadi bagi nak mengelakkan logo tu terlindung oleh jarum jam, pukul 10.10 adalah kedudukan yg tepak untuk mengelakkan logo tu terlindung.
  • 10.10 nampak macam smiley katanya. Ini adalah strategi marketing. Bila dah org tengok jam pun senyum, mesti orang tertarik nak membelinya tak gitu? hiiiii
  • Ada juga yang kata waktu 10.10 sebagai tanda penghargaan kepada Abraham Lincoln yg mati ditembak pada jam 10.10.

Dan eloklah kita berbalik semula kepada ayat al-Quran dalam surah Yunus (10) ayat 6-10 yang bermaksud:

10:6 Sesungguhnya pada penggantian malam dan siang, dan pada apa yg diciptakan Allah di langit dan di bumi, pasti terdapat tanda-tanda (kebesaranNya) bagi orang-orang yang bertakwa.

10:7 Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,

10:8 Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka mengusahakan.

10:9 Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.

10:10 Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.”


Hargailah masa, gunakan ia dengan sebaik mungkin.
4 Syaaban 1434H

Wasalam

Wednesday, June 12, 2013

Mama Adam nak Kahwin

Assalamualaikum


Mood TEDUHAN KASIH dah mai ni..hiii Tadi mama Adam dah p jemput Tok datang majlis perkahwinan mama Adam dengan papa Ehsan, tak da hal lah kalau tok jual mahal melepas nasi minyak mama Adam kan..hikhik

Kak Long dengan Ayu semakin jahat yerk. Kaki dengki! Tak boleh tengok orang senang.. Sanggup plan nak racun mama Adam. Dosa tau, bagitahu pak cik polis nanti kang..hahaa Nasib mama Adam tak minum tadi, terima kasih abang yang langgar meja tu..hihii

Pape pun kita tunggu next episod..

Jangan lupa join SIMPLE GA BY SYEEDA SANIEY

Wasalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...