PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, May 29, 2013

Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 (2013)


Assalamualaikum

Di saat fb buat hal, syeeda kuatkan semangat untuk tulis entry ni. Camtu pulak..
Fb syeeda ada problem la plak, TENGOK SINI. Kalau ada cara nak selesaikan masalah ni, risik-risik ke ke syeeda sama ok. =)

Entry ni khas sempena Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 56 tahun 2013.
Bakal berlangsung di negeri Kelantan Darul Naim.
Tarikh yang sepatutnya tilawah ini dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 6 Mei yang lalu, tapi dek kerana memberi laluan kepada PRU13 jadi terpaksalah ia ditunda.



Tunggu punya tunggu, dah pun tahu tarikh baru. 
Maka tarikh barunya ialah 10-16 Jun 2013 ini bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang.

Orang Kelantan jom ramai-ramai turun. Bagi yang jauh dari Kelantan, bolehlah menonton siaran secara langsung menerusi RTM 1.

Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negar akan mengambil bahagian.

Jom ramai-ramai kita tonton dan sama-sama membaca ayat-ayat al-Quran yang bakal diperdengarkan nanti. InsyaAllah.

Wasalam

Laman Sosial Bermasalah


Assalamualaikum
entry sedih arini..
Baru dua hari buka akaun fb baru, dah masalah bagai..
Baru semangat buat fanpage konon-kononya, dah jadi cenggini.


agak-agak syeeda dah ada buat salah besar tak? huhuuu
Hilang mood sekejap. 
Nak tulis entry pun enggak larat sudah..

Siap suruh letak no. telefon untuk dia hantar code. Alih-alih sampai hari ni tak dapat mesej untuk code tu pun.. Dah macam pungguk rindukan bulan pula jadinya.Hahaha...
Korang ada tips cemana nak recover problem ni tak. Dah macam-macam try tapi supo tu jugak..
Help me.. =(

Wasalam

Thursday, May 23, 2013

Dek Kerana Kau "BESAR"


Assalamualaikum


Bukanlah nak mengata atau mengutuk, tapi kadangkala terkilan juga apabila yang ‘besar’kurang peduli pada ‘kecil’.
Dah dekat 6 tahun jadi penunggang, macam benda dah terpahat di lubuk hati ini.
Nak luahkan tak termampu, siapa nak mendengarnya. Lagi kena marah balik ada lah.
  • Ada yang suka hon walaupun dah bawa di lorong kecemasan.
  • Ada yang suka lintas masa jarak dekat.
  • Kena marah bila parking dekat tempat letak keta sebab tempat tu tak ada disediakan tempat parking khas utk motorsikal.
  • Kalau bawa slow dah sah-sah kena hon. Tambah pula perempuan yang bawa..

Tapi tu semua dah sebati, tak ada nak marah. Just geram sikit ja. Istigfar banyak-banyak dah ok.

Tapi cukup marah bila masa isi minyak keta belakang hon nak keluar sebab halang laluan dia. Padahal belakang boleh reserve lagi maa. Ruang banyak lagi...adus dah la lambat nak masuk keja. Cik adik stesyen minyak tu pun suruh ubah motor. Dek kerana gelabah dan lambat, motor cium sikit benteng pam tu. Kasi kenangan sikit.  Ucap terima kasih pun idak ye tuan. Tak pelah tuan, ni dugaan buat saya. Dah la cari purse kesayangan hilang entah ke mana tadi.
Sudahlah motornya bils isi minyak, tersembur minyak tu kuaq.. rugi lagi. 

Tapi, sama-samalah muhasabah diri. Mungkin aku pun silap jugak kan sebab pilih port tu nak isi minyak. Dah memang pam tu untuk semua jenis kenderaan kecuali yang guna diesel. Dah full pam lain kan. Tahap kemarahan dah reda, tak sangka hari ini aku jadi racer pulak kat jalan. Habis semua aku potong. Selalu aku jadi penunggang berhemah ja. Nak potong pun terkemut-kemut.

Datang office terus jalankan tugas jadi cleaner sebelum tulis ini entry.
Apa pun yang kita lalui, sama ada salah kita atau tidak muhasabah balik diri kita. Hidup tanpa dugaan pun tak seronok kan.
Kesalahan itu ibarat guru. Tak percaya, sila baca SINI

p/s : Anti Perdana KUNING.

Tuesday, May 21, 2013

Samarinda: Epilog Cinta Khirana


Assalamualaikum
Entry drama lagi.. hiiii

Kali ni untuk slot samarinda tv3 yang bakal bermula malam esok.



Bermula 22 Mei 2013
Jam 10 Malam
Setiap hari Selasa, Rabu, Khamis
Pelakon Tasha Shila, Nazim Othman, Alif Aziz
Adaptasi dari novel "Mencari Jalan ke Syurga" terbitan Kaki Novel

Sinopsis dari novel:





Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

EHSAN : Kaki Novel

Wasalam

Inikah Hadiah Buat Mereka?



"Mungkin kalau tak kenal ibu, kenal mama, tak mama, mak kan. Mak pun tak kenal? Mungkin umi kenal kot.. tak kenal jugak? Mummy ye.. ke Bonda.. Tak jugak??? Ish kes berat ni.."



Banyak panggilan yang digelar kepada wanita yang telah susah payah melahir dan menjaga kita disamping pengorbanan daripada seorang lelaki. Siapa pula tu?? Tak kenal ke,lagi berat kes anta ni. Itulah AYAH. Ibu, mak, umi, bonda, mama, mummy dan ayah, papa, daddy, abi, abah atau panggillah apa gelaran sekalipun jasanya pada anak-anak tercinta amat bernilai. Ibu, wanita cekal yang selama 9 bulan 10 harinya menggendong anak dalam kandungannya ke mana saja dia pergi. Tidak pernah dikeluh, tidak pernah dikesal, tak pernah merintih,  taidak pernah malu dengan perut besarnya.

Sebelum dilahirkan, segalanya persiapan diperlengkapkan. Baju, susu, pampers, tempat tidur. Ahh macam-macam tak terkira banyaknya, tambah-tambah pula jika anak sulung. Gembira tak terkata. Tak pernah kesal berhabis duit untuk si anak yang bakal lahir. Perlahan jalannya bersama Ayah yang sentiasa menemani ibu tercinta membeli kelengkapan untuk si anak yang bakal lahir. Sabar ayah demi anaknya. Gembira ayah tak terkira, sanggup bekerja lebih masa siang malam, berhujan berpanas semata untuk memenuhi keperluan si anak yg bakal lahir.

Seusai lahir, ditatang bagai putera raja. Ibu dan ayah gembira dengan kelahiran si anak. Kalau boleh satu dunia nak dia beritahu yang anaknya sudah lahir. Bangun saja tidur, ibu siap sedia nak mandikan si anak, dipakaikan baju cantik, ditempeknya bedak sejuk. Segak dah anak ibu.. Bila kencing ibu juga basuh dan tukarkan lampin. Lagi la time buang najis, ibu juga la yang tanpa sifat kegeliannya menukarkan serta cucikan najis anak. Meningkat usia 5 tahun ayah belikan basikal roda tiga. Ayah ajar naik basikal sampai cekap lah. Masuk darjah satu, ayah terpaksa bekerja lebih keras kerana nak bayar yuran sekolah dan beli baju sekolah baru, beg sekolah baru untuk anak. Banyak juga duit ayah habis. Lagi pula kena nak sara makan minum pakai  lagi.

Ibu ayah selalu pesan

  “ Belajar rajin-rajin, ibu ayah tak ada harta nak bagi kamu.. kami tak ada apa-apa nak..”

Bila dah dapat result gempak, ibu dan ayahlah orang paling gembira sekali. Tahniah anak ibu. Tahniah anak ayah. Sambil dikucup dan dipeluk erat anak sambil menitis air mata kegembiraan mereka. Tak sia-sia anak yg dididik dan ditatang berjaya menjadi pelajar cemerlang. Ibu dan ayah kata akan ikhtiar mencari hadiah sebagai ganjaran walaupun memang duit tak cukup nak beli hadiah masa itu.

Bila dapat tawaran masuk universiti, ibu dan ayah lagi kena kerja keras. Katanya nak pakai banyak duit. Ibu siangnya cuci baju dekat rumah jiran-jiran, petangnya  cuci pinggan kat restoren di pekan dan malamnya pula buat kuih muih untuk di hantar ke warung pada keesokkan harinya. Tak pernah sekali dia mengeluh. Malah kepenatan dia juga tidak kelihatan walaupun sememangnya dia penat sangat. Nak jaga hati anak katanya. Ayah pula dari awal-awal pagi lagi sudah pergi menoreh getah di hujung kampung, dan petangnya bekerja sambilan di kilang papan. Macam-macam bahaya dalam hutan getah tu tapi demi anak yang bakal ke menara gading, sanggup ayah pertaruhkan nyawa.

Bila dah masuk universiti. Semua benda nak pakai duit. Tambah pula apabila terpaksa menyewa rumah. Asal tak ada duit call ibu dan ayah minta duit. Sebab diorang dah pesan tak payah susahkan diri kerja, fikirkan belajar sahaja, tumpu betul betul. Lagi kuat ibu ayah bekerja di kampung sampai demam-demam. Tapi takpe demi anak sanggup dilakukan walaupun terpaksa bahayakan nyawa. Asalkan anak berjaya syukur Alhamdulillah. Ibu selalu pesan pada anak..

“ Jangan tinggal solat ya nak..”

Tahun kedua di universiti anak mula pandai. Ikut kawan ke sana sini. Cuti semester tak pernah balik menjenguk ibu dan ayah.  Bergaul dengan anak dara sesuka hati. Bagi asalan dekat ibu dan ayah, nak study lebih masa untuk exam. Ibu asyik menangis  menahan rindu. sampai bengkak mata. Ayah pulak asyik batuk-batuk dan tak mampu lagi hendak buat kerja berat.

Tahun ketiga study lagi tak balik alasannya tahun akhir nak tumpu betul-betul. Ibu hanya akur, ayah pula dah terlantar sakit. Habis belajar konvo pun tak jemput ibu ayah datang raikan. Malu katanya dekat makwe. Ibu ayah selekeh, padahal dulu masa dia dapat anugerah dekat sekolah, ibu ayah tak jemu-jemu tunggu  dia naik pentas walaupun terpaksa berdiri lama.

Habis belajar terus dapat kerja dekat Kuala Lumpur. Tak pula diberitahu ibu ayah. Gaji pertama dijoli dengan makwe. Tak ingat langsung nak kirim ke kampung. Ibu call selalu tak angkat, nak beritahu keadaan ayah yang semakin teruk tapi ibu tak pernah putus asa. 

Tiba pula masa nak kahwin, hanya balik beritahu ibu ayah nak  yang dia nak kahwin. Katanya ibu ayah tak payah susah-susah buat apa-apa. Katanya lagi semua keluarga bakal isterinya dah buat persiapan, nak harap ibu ayah buat tak tercapai agaknya. Saat tu air mata ibu mengalir laju. ayah di pembaringan hanya menahan sebak. Sampai hati kau nak. Dijemput ke majlis dia pun tidak. 

Dah kahwin langsung tak balik kampung bawa isteri jumpa ibu ayah, malu katanya rumah ibu ayah buruk tak selesa isteri dia nanti. Ada juga sekali dia balik bagi amaran jangan call dan cari dia lagi. Dia kata malu punya ibu ayah miskin kedana padahal si kedana inilah yang membesarkan dan memdidik kamu nak. Hancur berkecai hati ibu ayah.

Ibu akur dengan arahan anak. Akhirnya betullah si anak tak lagi dapat dihubungi. Mungkin sudah tukar nombor telefon. Ibu menangis lagi sampaikan ayah nazak anak tidak tahu. Akhirnya ayah menutup mata dalam kesedihan dan kerinduan.



Tinggallah ibu seorang diri di pondok buruk. Meniti usia tua sendirian. Hanya dengan ehsan jiran-jiran, ibu mampu teruskan hidup. Setiap hari ibu menangis mengenangkan perbuatan si anak.

Setiap hari tanpa putus-putus ibu cuba menghubungi anak di pondok telefon seberang jalan. Terbongkok-bongkok ibu berjalan. Apabila tiba hari raya, ibu tak dapat tahan sebak. Pakaian lusuh dan koyak tak pernah berganti, tidur beralaskan tilam usang, bertemankan cahaya semulajadi dan bila hujan tidurnya bertemankan air langit.

Anak hidup mewah di kota. Langsung tak diingatnya ibu di kampung dan pemergian ayah juga tak  dia ketahui. Hidup mewah dilimpahi wang ringgit dan isteri yang cantik membuatkan dia leka.

"Inikah contoh anak berguna??"

Dilepaskan tanggungjawab kepada ibu yang uzur dan serba kekurangan di desa. Malah diputuskan talian kekeluargaan lagi. Tiap hari ibu menangis sampaikan matanya sudah kabur dan hampir buta. Kesihatannya kerap terjejas dek selalu terkena air hujan dan panas matahari. Tubuhnya cengkung menglidi. Tak putus-putus ibu berdoa agar anaknya pulang. Moga dia sedar.. 

“ ibu sayangkan kamu nak..ibu dah maafkan segala dosa kamu , pulanglah sebelum ibu menutup mata nak..” 

Mulianya hati seorang ibu..lembut bagai bak sutera.. Seburuk mana pun perbuatan anak, ibu tetap memaafkan. Namun, hati anak sudah gelap. Sudah lupa dia akan kewujudan ibu tercinta.

Akhirnya ibu tak tertahan lagi menunggu kepulangan anak. Matanya kian terpejam, nafasnya berombak lagu. Mulutnya terkumat kamit dengan lafaz syahadah, dengan berbaju compang camping dan lusuh ditubuhnya.

"Ibu pergi dulu nak..doakan ibu dapat jumpa ayah ya.." 

Akhirnya ibu mengikut juga jejak ayah.

Anak kian hidup derita. Apa sahaja yang dibuatnya tak menjadi. Akhirnya segala kemewahan ditarik balik, isteri pun lari. Dia sudah tak punya apa-apa. Barulah mulutnya menyebut 

“ ibu.. ibu.. ibu.. ayah.. ayah.. ayah..” 

Lalu ditujukan ke desa pulang untuk menemui dan memohon ampun kepada ibu dan ayah tercinta. Segala silap salah ingin dimohon ampun. Ingin disujud di kaki ibu ayah, ingin dipeluk cium.

Namun semuanya sudah terlambat ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Si anak separuh gila apabila mendapat tahu orang tua yang selama ini bersusah payah membesarkannya sudah tiada. Kekesalan tiada gunanya. Hanya yang mampu panjatkan adalah doa buat mereka.

Duhai anak, insafilah dirimu. Kenangilah jasa orang tuamu. Berbaktilah pada mereka sehingga ke akhir hayat mereka.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI ANAK.

Nukilanku Syeeda Saniey

Wasalam

Monday, May 20, 2013

Kaki Novel : Novel Jun 2013


Assalamualaikum.
Pagi yang mendung dan hujan.
Pagi Isnin yang mula masuk kerja.

Kaki Novel dah senaraikan novel terbarunya untuk bulan Jun 2013.
Bulan ni Syeeda dah dapatkan novel Biarkan YM Terus Berbicara.
Jadi ini tiga novel untuk Jun 2013.

BIAR AKU JADI PENUNGGU
Karya Arsha

Biar Aku Jadi Penunggu

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.
Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

HAT_2
HERO AKU TOMBOY
Karya Arisa Eriza

Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.

Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.

Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?

“Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”


DYKC_2
DIA YANG KUCARI
Karya Cempaka Qistina

Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.

Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.

Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.

Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.
Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.

Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.
Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara.

Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.
Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”

Ok selamat membeli dan membaca.

Wasalam




Sunday, May 19, 2013

Header Baru..


Assalamualaikum

"Wah-wah kau ada header baru la. ."
Maunya 5 jam Syeeda adjust balik blog yang porak peranda angkara letak header baru. 
Header ada background hitam walaupun dah transparentkan.

Terima kasih pada FIZGRAPHIC di atas freebies doodle yang cun melecun ni.
Yang lain-lain Syeeda hentam touch up ja pakai photoscape & gimp.

Jadi, nilah dia hasilnya yang tak seberapa.


Ok la tu kan..hii orang tak pandai bab-bab ni memang setakat ni sajalah hasil yang mampu. huhuhu
Dan sudah siap digam dekat dinding blog.. amacam ok x?

p/s : Esok hari mingu..lalalala

Wasalam


Thursday, May 16, 2013

Senarai Penuh Menteri Kabinet 2013


Assalamualaikum


Perdana Menteri:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR – BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

Timbalan Menteri:
 DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
 WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

Menteri Kewangan:
 DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

Timbalan Menteri:
 DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

Timbalan Menteri:
  DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
  P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

Menteri Dalam Negeri:
 DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

Menteri Pertahanan:
DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

Menteri Pengangkutan:
 DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

Timbalan Menteri:
DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

Menteri Pelancongan & Kebudayaan:
YB DATO SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

Timbalan Menteri:
YB DATO JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

Menteri Luar Negeri:
 DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

Menteri Kerja Raya:
DATUK FADHILAH YUSOF (PBB)

Timbalan Menteri:
DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

Menteri Kesihatan:
YB DATO SERI SUBRAMANIAM (MIC)

Timbalan Menteri:
YB DATO SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan:
KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

Menteri Sumber Manusia:
DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

Timbalan Menteri:
DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna:
DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

Menteri Perdagangan Dan Industri:
DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

Timbalan Menteri:
 HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

Timbalan Menteri:
YB DATO TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi:
YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

Timbalan Menteri:
YB DATO DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

Timbalan Menteri:
YB DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

Timbalan Menteri:
YB DATO SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)

Timbalan Menteri:
 DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi:
YB DATO SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

Timbalan Menteri:
YB DATO NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga:
YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

Timbalan Menteri:
YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Menteri Komunikasi Multimedia:
DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan:
YB DATO SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

Timbalan Menteri:
YB DATO DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan:
DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

Timbalan Menteri:
DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)


p/s : Untuk senarai penuh bergambar, dapatkan akhbar di kedai hari ini ok..


Wasalam

Wednesday, May 15, 2013

Slot Akasia : TEDUHAN KASIH


Assalamualaikum
sudah lama tidak update blog

Drama Sedetik Cinta sudahpun melabuhkan tirainya semalam. Ending yang menarik.
Semua mendapat kebahagian, dan yang jahat menerima balasan.

Jadi malam ni, bermulalah episod perjalanan drama terbaru di slot akasia
iaitu drama Teduhan Kasih.
Cerita yang diambil dari sebuah novel terbitan Karya Seni ini memang terbaik.

SINOPSIS DARI NOVEL ASAL:
(credit to Karya Seni)

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.



Drama ini lakonan Shah Iskandar, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Adi Putra
menemui anda di TV3, jam 7.00 petang.

p/s : Tengok tengok juga, solat magrib jangan lupa tau. (^_*)

Wasalam


Friday, May 10, 2013

Kembali Bersiaran


Assalamualaikum

Berhabuknya blogku. Lama sudah tak menjenguk dia. Kasihan sama dia kan.
Rindunya..

Demam PRU13 dah pun selesai. Macam-macam isu yang timbul.
Hanya dengar dan mampu tersenyum ..
Tapi semua dah selesai.
Terima qada dan qadar, yang pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang kita sendiri tak tahu

Buat adik-adik yang dah berjaya mendapat tempat di matrikulasi dan tingkatan 6,
selamat meneruskan perjuangan anda.
Go go chaiyok ok.

Pada graduan yang dah dapat kerja, tahniah Syeeda ucapkan 
terutamanya buat kawan-kawan seuniversiti di UUM, Sintok.

Hidup musti diteruskan biarpun pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa 
kita tempuhi kan.
Jadilah seorang yang bersemangat tinggi.

Ok, jam dah pukul 1.00. REST TIME!! 
Jom makan dulu.

p/s : Ada idea jalan cerita untuk cerpen/novel?

wasalam


Wednesday, May 1, 2013

#Wordless Wednesday


Assalamualaikum

Ehsan Pak Cik Google

p/s : Dah siap masak, jom makan dulu.


Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...