PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, April 19, 2013

Suka Sama itu Jam laa


Assalamualaikum
 Waa esok cuti la, syioknya.

Tadi petang kat opis saja search gadget untuk blog. 
Jumpa laman web aBowman, dulu pernah bela ikan dalam blog
Mungkin syeeda yg ketinggalan kot, tetiba jumpa jam ni..

ehsan aBowman

nampak macam ujikaji sains, tapi rupanya jam.
Tu lah selama ni buat tak tau jerk..haha
Dekat setegah jam jugak syeeda belek jam tu. 
Aduh memang ketinggalan sungguh la syeeda ni.. baru tau wujudnya jam ni..

Unik juga jam ni..hihi
suka suka..
(^_*)

p/s : sebenarnya saya isteri dia, amacam cerita dia tadi?

wasalam

Wednesday, April 3, 2013

2 Tahun 2 Bulan 2 Hari


Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah,
baru terperasan tadi..
Rupanya dah 
2 tahun 2 bulan 2 hari usia blog syeeda

Hanya bermula dari satu tugasan subjek 
Aplikasi komputer dalam organisasi masa di UUM, Sintok dulu
kini syeeda terus berkecimpung dalam dunia blog ni


dan ni etry pertama syeeda


Syukur Alhamdulillah

Wasalam



Khasiat Teh Hijau


Assalamualaikum

Baru lepas pekena secawan teh hijau. Walaupun rasanya tak seenak 
teh yang selalu diminum, tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa
Lagipun teh hijau ni lebih berkhasiat.

 
Ehsan Tuan Google

ni la brand teh hijau yg syeeda minum tadi haa. Hujan2 ni sedap pulak teguk.

Nak tau khasiatnya. Haa ini dia:

* membantu mengawal tekanan darah tinggi
* membantu megawal paras gula dalam darah
* Membantu dalam sesetengah penyakit barah
* menguatkan sistem imun
* turunkan paras kolestrol
* galakkan pembakaran lemak
* baik untuk kulit
* merawat batuk
* mengubati dan mencegah penyakit osteoporosis (tulang)
* cegah penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat alteri)
dan banyak lagi

jadi pe kata try minum teh hijau ni.
Asyik minum teh tarik jerk. try pula teh hijau tarik..
semenangnya yg tak sedap itulah ubat dan penawar.

 selamat mencuba.

wasalam

Tuesday, April 2, 2013

Apabila haiwan dizalimi


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama syeeda nak post menda ni. Tapi dek kerna kerna kemalasan
yang tinggi menggunung, syeeda abaikan jap.
Malam ni baru sempat nak update

Sabtu lepas syeeda g amek ubat coz tangan ni krem. Alih2 doktor cakap tak ada apa..
ish-ish punya lah sakit tak leh nak angkat tangan ni dia cakap tak de pape..adohai
ok lah abaikan je..hii
janji dah sihat, syukur Alhamdulillah

Lepas amek ubat tu, ternampaklah seekor kucing oren yang dok sedap tidoq atas bumbung kereta
di parkir kereta tu.
Gebunya ..
Pangil punya panggil, dia datang dekat syeeda & adik.
Manjanya aduhai.. 
Habis digeselnya..hii

Belek punya belek, cam ada something pelik dengan kucing ni.
Apesal ekor dia kontot sangat. 
Kami syak ekor dia kena potong sebab ada kesan macam dipotong.



Ni dua gambar yg sempat syeeda snap.

Memang kena potong ni..Cuma tak perasan sangat maybe dah lama kot.
Tempat tu tapak pasar malam setiap Rabu dan Sabtu.
Mungkin kerna kucing ni curi ikan dia menerima kekejaman itu.

Kenapa kerana kebendaan, manusia sanggup berlaku kejam pada haiwan.
Mereka juga makhluk Allah yang berhak mendapat dan menikmati kehidupan bahagia di dunia.
Kalaulah mereka boleh berkata-kata...

Kasihani, sayangilah mereka.
Jangan menambah DOSA anda.
Semoga si pelaku mendapat hukuman kelak.


p/s : Hujan menemani malam-malam indah, Selamat Malam.

Wasalam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...