PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Sunday, March 31, 2013

Esok Cuti Sekolah lagi..


Assalamualaikum

bosannya Syeeda duduk rumah sorang-sorang
semua pakat balik asrama dah.
Sunyi sepi pulok, bila ada asyik nak bergusti..haha

Esok sekolah dah buka balik , sudah-sudah la cuti seminggu nya..hii
cuti lama-lama nanti jadi lagi malas pulak kan.
Tak adanya nak cuti extra owhke.


Perjuangan harus diteruskan ye adik-adik..
(samalah kita dik oi.. malas nak balik asrama)

Apapun kena kuatkan semangat, jangan dilayan la incik malas awak tu
Pi mai pi mai kejap je masa berlalu, nanti sedar-sedar korang dah kerja pun.

selamat bersekolah esok,
juga selamat bekerja..hiii 
(esok kerja.. kerja kerja..)

wasalam


Tuesday, March 19, 2013

Tudia Novel Baru


Assalamualaikum.
Wah-wah duit gaji belum masuk, tapi bolehlah review dulu novel terbaru yang 
bakal/sudah berada di pasaran.
Boleh le buat perancangan yg mana satu nak dibelinye.

*ALAF 21


Kuingin Cintamu
oleh Haiza Najwa
RM 22.00

Dia Hanya Untukku
oleh Rozita Abd. Wahab
RM 23.00

Kopi Ladyku
Oleh Ainul Hazrah
RM 25.00

Cinta Hujan Panas
oleh Emma Maizura
RM 21.00




*KAKI NOVEL
PCBS2GK2cheese2


Giler Kau?
oleh Dyadila
RM 38.00


Cheese
Oleh Cik Qwerty
RM19.00

Pelangi Cinta Buat Suami
oleh  Acik Lana
RM 30.00

*KARYA SENI

Cinta Bersaiz XXLLelaki Eksklusif


  

Lelaki Eksklusif
oleh Wan Awliya Rayqal
RM 18.00

Cinta Bersaiz XXL
oleh Aliesha Kirana
RM 19.00


*PENULISAN 2U
Kau Yang Pertama Dan TerakhirI'm Mrs. Kertu


I’m Mrs. Kertu
oleh Danisyarahmat
RM 19.00

Kau Yang Pertama dan Terakhir
Oleh Qaseh Farina
RM 23.00

*BUKU PRIMA




3 Hati
Oleh Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani
RM 27.90

Alamak! Lagi-Lagi Dia
Oleh Mazni Aznita
RM 27.90

Isteriku Romantik
Oleh Azalea Eshal
RM 18.90

Kata Tak Rindu
Oleh Siti Nur Dhuha
RM 27.90




CREDIT TO:
Alaf 21, Kaki Novel, Penulisan2u, Karya Seni, Buku Prima 


Haa tudia banyaknya novel baru. Itu belum tambah dengan yang syeeda tak mention dekat sini.
Pepandai le korang terjah.
Dah ada yang berkenan di hati? Apalagi moh beli online atau terus ke kedai buku berdekatan
hii
Dan kalau nak tau sinopsisnya, sila layari laman web
okep, tu saja untuk kali nie.


P/S: Makan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam?

Wasalam

Tuesday, March 12, 2013

Bangkitnya Seorang Perempuan


Assalamualaikum

Slot samarinda SURAT DARI  LANGIT BIRU bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi.
Maka dengan itu jom kita perkenalkan drama terbaru yang bakal mengambil alih di slot samarinda nanti..

Bangkitnya Seorang Perempuan
CREDIT TO 

nin dia.. BANGKITNYA SEORANG PEREMPUAN tajuknya.
yang bakal bersiaran selama 12 episod

sutradara:
Emi Suffian Sabhe

Penulis skrip:
Mufidsuhaimi Bahaudin

Terbitan:
Orangetree Production Sdn. Bhd.

Barisan pelakon:
Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman,
Dynas Mokthar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin, dan Amar Baharin.

Bermula 13 Mac 2013

Selamat menonton

Wasalam


Wednesday, March 6, 2013

Jagalah H.A.T.I


Assalamualaikum
selamat malam

Kejap sungguh masa berjalan.. pi mai pi mai dah hari Rabu pun.
Bulan Rabiulakhir pun dah di penghujung. Menunggu pula ketibaan bulan Jamadilawal.

Emm dalam kehidupan seharian kita ni, kita tak boleh la nak ikut kehendak kita saja. Kena pikir orang lain jugak.. yela dah nama pun hidup bermasyarakat.
Tapi bukan senang tau nak jaga hati semua orang yang dok di sekeliling kita. Biasalah kan..
Itu tak kena, ini tak kena..


haa tu dia.. mai dah gambaq. Gambaq pemandangan ni syeeda amek dekat 
Masjid terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang waktu senja.
Tapi bukan nak cerita pasai gambaq, tapi kata-kata yg syeeda tempek dekat gambaq tu..

Ingat, walaupun hati kita ni disakiti oleh sapa-sapa pun, tapi tak usahlah nak sakiti hati mereka balik kan
tak ada guna .. tak dapat faedah apa pun.
Yang penting hati kena sentiasa bersih.
No dengki-dengki, dendam-dendam tau

ok la. rasanya sampai sini dulu. enrty seterusnya, insyaAllah akan muncul nanti
Amin

Wasalam

Friday, March 1, 2013

Terima Kasih Fiqa Nsz


Assalamualaikum

kelmarin syeeda terima surat cinta dari 
(moh serbu sama dye)
Balik keja terus buka surat cinta Fiqa
Terima kasih Fiqa, rupanya hadiah GA dah sampai.

Syeeda sebenarnya ada masuk 
Mini GA:Bangkitkan Pesonamu di blog 
(jemput2 la terjah ye..hii)
tak sangka ada juga rezeki Syeeda, syukur Alhamdulillah


tu dia .. tu la hadiahnya. Penanda buku khas dari Fiqa Nsz

Tq Fiqa
ada masa buat lagi yer GA.
hiii

wasalam




1313



 
terima kasih buatAin Hanani 
 untuk freebies assalamualaikum greeting di atas.

Kejap sungguh masa berjalan kan kan. Hari ni dah masuk bulan Mac 2013
(1.3.13)
bersamaan 18 Rabiulakhir 1434H

Nie bermakna dah nak masuk 5 bulan syeeda membanting tulang di fima ni (dah macam orang buat bendang pulak). Kalau di+++ dengan tempoh praktikal jadik 10 bulan dah kot keja sini.
ater keja sementara jer, gaji pun sementara jela..haha (gaji kecik2 ja)
tapi syukurlah, semua tu rezeki.
Timba pengalaman buang 10-20 timba dulu kan.

Bila dah bekerja, biasalah banyak cabaran. Dulu masa kat u, semua lecturer bagi tunjuk ajar.
Semua dah ada depan mata, walaupun still kena usaha cari kan..hii

So, bila dah kerja terasa diri semakin dewasa.. cewah, perlu ada matlamat yang terang lagi bersuluh.
kerja pun tak boleh malas-malas.

Sesungguhnya hidup ni perlu sentiasa ke depan, yang dah berlalu jadikan panduan untuk kita terus berjaya, kan..

ok, sampai takat tu dulu. 

Jumaat, penghulu segala hari.
Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...