PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Saturday, January 26, 2013

Hasil Tanaman Bonda


Assalamualaikum
selamat hari Sabtu

pagi tadi masak syeeda goreng char keow tiaw je 
yela asyik makan kat kedai je, sekali sekala try buat sendiri pulak


dah siap masak, tudia mak bawak mai masuk buah nangka hasil tanaman mak kat belakan rumah.
Anak sulung la kiranya, baru pertama kali berbuah. Tapi tak tahu lagi rasa dia..

Isi ok, kuning dan besar. Rasa dia pulak, fuh memang menjadi hasil tanaman mak.
Manis, dah nama un nangka madu..hii


Ha ni lah dia hasil tanaman mak, Nangka madu.

Ok setakat tu dulu buat petang ni.

Wasalam


Wednesday, January 23, 2013

Pasta Rojak


Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul 1434H

Petang tadi balik kerja, perut lapaq sesangat. Tengok nasi , nasi tengok kita balik
tapi tetap telan, rezeki tu.
Lepas tu teringin pulak nak makan pasta, lagipula syeeda tengok pasta yg berliku-liku(spiral la.) tu ada sejemput saja, so nak try buat resepi kot-kot menjadi. (konon2 nak jadi chef..)

Syeeda guna sos campuran perang demi-glace (keluaran knorr) sebagai sos dia.
Mula-mula tmis bawang besar bersama mentega. Harum bau ...
Lepas tu syeeda masukkan sos tadi + dengan sedikit nuget tempura ayam yg dicincang halus
Akhir sekali tmasuklah si pasta berliku tadi..
Lupa, satu lagi letak sehelai daun bay untuk tambah rasa.
Pakai campak ja apa yg ada

Hasilnya


Ada rupa macam rojak tak? hii
ok selamat menjamu selera..


p/s : Esok cuti, bukan alasan bangun lewat taw..hii

wasalam


Saturday, January 19, 2013

Menu Hari Ni...


Assalamualaikum
selamat pagi, dah bangun tidur ke?

Hari ni tak kerja, so syeeda merajinkan diri untuk jadi chef pagi ni. Masak simple ja untuk kami enam beranak, semua dah ada di rumah meriah sikit. Selalunya makan roti kering ja..hukhuk 
tapi pagi ni special la sikit walaupun simple

Siap mak keluarkan udang dan rendam bihun, so buat jela bihun goreng.
Terfikir pulak nak makan bihun putih ke merah? last sekali hentam sajalah..


bahan-bahan dia macam biasa la cili kisar, kicap manis + masin (syeeda pakai cap kipas udang), sos tomato n sos cilil sikit.. lepas tu tumis bawang n goreng cili kisar sampai kering n naik bau.
letak udang sikit, bebola ikan..
untuk sayur letak je sayur kegemaran tp syeeda biasa letak sawi, kobis, taugeh ja..

korang breakfast apa hari ni? Jom la kongsi.

Wasalam



Saturday, January 12, 2013

Hilangkan Lebam Bawah Mata


Assalamualaikum
malam ni Syeeda nak kongsi satu petua ni
Petuan hilangkan lebam bawah mata secara tradisional



*perah lemon dalam cawan, dah sapukan perlahan-lahan di bawah sekitar mata. Amalkan 2 kali sehari untuk keberkesanan

@

* Sediakan secawan air panas dan kain bersih yg lembut. Lalu celup kain dalan air yg tidak terlalu panas tadi. Dan letakkan di bawah maka lebih kurang 15 minit.

@

Untuk lingkaran hitam bawah mata, ambil sebiji kentang dan hiris nipis dan tekapkan di sekeliling mata selama 10-20 minit. dan basuh dengan air selepas itu.

selamat mencuba.

wasalam

Asal Usul Nama Kereta Nasional pertama: SAGA


Assalamualaikum. Selamat pagi, dah breakfast ke?
Pagi ni mood nak update blog dah datang, so apalagi jangan lengah jom baca..

HARI INI DALAM SEJARAH: 12/01/1984


Hari ni , pada tarikh yang sama cuma berlainan tahun peraduan 
"Menamakan Kereta Nasional Kita Pertama"
telah diumumkan oleh
Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perindustrian Berat Malaysia (HICOM), Encik Mohd. Saufi Hj. Abdullah
Hadiahnya berupa sebuah kereta 1300 c.c

Dan pada 1September 1985, Staf Sarjan Ismail Bin Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Division, Pulau Pinang telah memenangi peraduan ini mengalahkan peserta-peserta yang lain.
Ismail Jaafar menamakan kereta nasional pertama dengan nama
"SAGA"
(saga ni bukan biji saja tu yer, tetapi beliau menyamakan 'saga' beliau sama dengan kekerasan biji saga.)
SAGA berasal daripada singkatan perkataan:

S: Safety/Keselamatan
A: Achievement/Pencapaian
G: Greatness/Kebesaran
A: Ability/Kemampuan

Perkataan 'Saga' yg dipilih beliau telah menarik perhatian para juri serta penerangan yang diberikan beliau meyakinkan juri untuk memilih beliau sebagai pemenang menamakan kereta nasional pertama ni.

Dan pada 1 September 1985, Perdana Menteri melancarkan pemasaran Proton Saga yang pertama.

Itulah al-kisahnya.
Jangan tak tahu sejarah negara kita.
Kita sebagai rakyat Malaysia kena ambil tahu semua sejarah berkaitan negara kita.

Ehsan: Arkib

wasalam

Thursday, January 10, 2013

KSAOs???


Assalamualaikum
malam ni nak berbalik pada bidang asal syeeda 

mula-mula sekali nak balik pada asas KSAOs?
amenda tuh??
KSAOs perlu dimiliki oleh setiap pekerja tak kira apa jenis sektor pekerjaan dan bidangtugas sekalipun.



K- Knowledge/Pengetahuan
S-Skill/Kemahiran
A-Ability//Keupayaan
O-Others Characteristics/Lain-lain

Jadi memang penting la KSAOs tu kan..
yela mana mungkin seorang pekerja dapat melaksanakan sesuatu tugas andai dia tiada pengetahuan, macammana pula apabila pekerja nak buat kerja kalau dia tak ada/ tak diberi latihan
Dan macammana pula pekerja nak buat kerja kalau dia tak dak keupayaan...
Dan lain2 lagi..

Secara konklusinya sebagai seorang pekerja kita perlu ada semua tu walaupun apa pun bidangtugas kerja kita
 setakat itu saja dulu, nanti syeeda kongsi lagi 
sebab lama dah tinggal HR ni dah beku.

Wasalam

Friday, January 4, 2013

Taman Rekreasi Air Hitam Dalam


Assalamualaikum
salam Jumaat buat sahabat-sahabat semua, diharap sihat hendaknya di samping orang yang tersayang 
(cewah dah macam mengarang surat cinta pulok)

Hujung-hujung minggu ni tak ada g  mana-mana ker? Yela untuk relaxkan minda
kat tempat syeeda ada 1 tempat, yg dulunya dah ada, tapi terbiar dan kini dibangunkan semula
sesuai sangat untuk yang nak tenangkan jiwa 

Hutan Pendidikan Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

ni titi gantungnya.. syeeda dah naik, fuh gayat jugak la sebab dia goyang-goyang.. macam-macam bermai dalam kepala ni..takut titi jatuh la

ni laluan dia.. jaga2 ramai kera yang sukakan kita kat sini..hii

ok la syeeda dapat share 2 gambar ni ja..
 (KREDIT TO http://northern.malaysianaturalheritage.com)

jom kongsi tempat korang relaxkan diri pulak..

wasalam

Thursday, January 3, 2013

Slot Samarinda Ruby


Assalamualaikum
selamat tahun baru 2013, pejam celik celik pejam dah pun masuk 3hb Jan pun kita

So sempena meraikan tahun baru 2013, Syeeda pun pergi lah keluar dating bersama-sama Ruby.


RUBY ni sebenarnya slot samarinda baru dekat tv3 tu haa menggantikan Putera Rayyan..
Lakonan Shaarnaz Ahmad & Siti Saleha.
Baru ditayangkan di tv semalam selama 1 jam.
Lawak betul episod satu semalam.. haha asyik nak gelak ja..

credit to HERE

ni sinopsis dia:

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan dan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima Anuar).
Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal (Esma Danial)  dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara.

Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Nak tahu apa yg terjadi, jom sama-sama saksikan episod 2 terbitan Metrowealth ni..


wasalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...