PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, December 28, 2012

Bukit Bendera


Assalamualaikum
tadi dah update, ni nak update lagi..hihi esok cuti maa tidur lewat pon xpa kan

Kalau hangpa mai Penang mesti hangpa semua mai Bukit Bendera kan.
Sapa pernah mai Bukit Bendera cer citer pengalaman korang naik Bukit Bendera.

yang ni kereta api Bukit Bendera yg lama. 
Kereta api ni akan berhenti di stesyen tengah dan kita kena turun dan ambil kereta api lain untuk ke puncak.
 Tapi la ni kereta api baru ni tak payah dah turun dekat stesyen tengah tu..

Bila berada di puncak tu nampaklah seluruh Pulau Pinang.
Pemandangan yg cukup cantik dan mendamaikan..

jom ramai2 g sana..

p/s : Jom try g Pemandangan Indah Balik Pulau pulak. rasa macam dekat Cameron ja..hii dan datang Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Pesta Pulau Pinang sehingga 1 Jan ni je..




Jom Tengok Cerita 'Hanya Padamu'


Assalamualaikum
wah dah lama rupanya syida tinggalkan blog tersayang ni.
bukan sibuk mana pun tapi malas nak update..
hii

sekarang ni kat tv3 ada cerita baru ganti Runtun Qalbu.
Tajuk dia Hanya Padamu


Sinopsis pendek:

Mengisahkan anak yatim piatu, Adawiyah (Nazeera Sardi) yg tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya, Sabariah dan Omar. Namun, Adawiyah dibenci oleh Sabariah. Apabila Omar meninggal dunia, Adawiyah diberhentikan sekolah walaupun dia seorang yang pintar di sekolah. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril) menegur ibunya namun tidak diendahkan. Bukhari kemudia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Jepun. Selepas pemergian Bukhari, Adawiyah dihantar ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, ramai yg dengki padanya dan selalu diugut oleh pekerja kantin di sana. 8 tahun kemudian, Arman (Beto) dalam keadaan tidak terurus bertembung dengan Adawiyah. Nak tahu cerita selanjutnya, kena la tengok cerita Hanya Padamu slot Zehra tv3.. 

Episod 1 yg baru saja melabuhkan tirai jap tadi memang best, perjalanan hidup Adawiyah yang cukup perit apabila dibenci oleh Sabariah dan impian untuk berjaya dihalang oleh Sabariah.
Minggu depan episod 2 pulok...

wasalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...