PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Berlabuh Ramadan, datang Syawal..sedih pulak rasa Ramadan dah pergi..semoga di thun depan dpt peluang lagi bertemu Ramadan..Amin

Entry mlm raya yg simple.. selamat arie raya..jgn lupaa g smyg raya sok..


Saturday, August 27, 2011

Homemade Biskut Raya..

slmt malam..bqu balik teraweh ni..terus ja serang cik lappy kesayangan semata2 nak wat entry pasal cik puan kuih..

Hari nie, 5 jenis biskut berjaya dihasilkan..Alhamdulillah.. 

YG First..
tu sebelum dibakar

selepas dibakaq..
macam badut ja upe biskut nie..hii

2nd Biskut...
sebelum dibakar

selepas dibakar

3rd BiskUt...
sebelum dibakar...

selepas kena bakaq..

4th BiskUt...
samperit xsempat nak snap yg belom dibakor..syeeda terlena..so mak n adik yg siapkan..hii

last Biskut utk ari nie..

selepas dibako, ni lah jadinya..

haa banyak tak??hii
utk esok, satu adunan dah menanti utk di bentuk..
tada
v
v
v
v

adunan almond london

ada lagi yg nak wat ...bila buat sendiri puas hati kan..hiii 

p/s : korang dah wat kueh raya???

Tengok Anak Bulan..

Pejam celik, celik pejam dah di penghujung Ramadan pon.. sedih pulak nak tinggalkan Ramadan mulia ni, Harap dapat lagi bertemu Ramadan tahun hadapan..Amin


29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadan 1432H, bakal diadakan upacara tengok ank bulan bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri sebanyak 30 tempat,
bertempat di:

  • Pontian Kecil (Johor)
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara (Melaka)
  • Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  • Bukit Melawati, Pulau Angsa & Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor (Selangor)
  • Pantai Pasir Panjang, Manjong (Perak)
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi & Menara Alor Setar (Kedah)
  • Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu)
  • Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai & Menara Bangunan SEDC Kota Baharu (Kelantan)
  • Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands & Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
  • Kuala Sungai Baru (Perlis)
  • Menara Kuala Lumpur
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  • Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen. 

Novel Terbaru!!

Semua novel baru ni syeeda ambil yg alaf 21 punya..


Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

DEMI insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Datuk, emak saudara dan adik kandung sendiri mengecamnya. Namun di sisinya sentiasa ada Aiman, insan yang sempurna dalam sebuah persahabatan.

Dia teguh kerana lelaki itu. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta
Balqis berbunga untuk Hafizul. Dalam perkenalan yang singkat, dia dan Hafizul merancang untuk mendirikan mahligai cinta.

Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Dalam menjaga hati insan yang disayangi, mereka semua terpaksa menipu diri sendiri. Sakit... itu sudah pasti.

“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.”

Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

semua novel kat atas ni dah keluar kat pasaran..tunggu pe lagi, jom beli..
sumber: Alaf 21

Friday, August 26, 2011

Layann Uda & Dara

selamat tgh malam..dah tidor kew?
Kat Penag sini hujan satu hari..terasa kedinginan tahap terlampau..
sambil melayan kedinginan pagi Jumaat nie, syeeda baca novel Uda & Dara..
Dah nak dekat seminggu baca, tapi baqu masuk tengah2 citer..apsal malas nie??!!

Citer dia best...penulis terkenal Aisya Sofea punya novel nie..org lama..

amacam cantik x cover dia??? tengok cover pown syeeda dah terpikat..hii tapi yg penting isi dia mesti lg meletop kan

SINOPSIS:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Kalau belom baca, cepat!!

Thursday, August 25, 2011

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya

syeeda join

!                                                                             LUNA LANUN !
nak join?? Klik banner atas tu naa

Kuih Rayaa kegemaran syeeda sepanjang zaman...

|
|
v

Biskut Makmur..sebab tekstur dia lembut dan cair di lidah..


Kekasihku Puyu

Salam 25 Ramadan...
Korang layanz x cite Laila Manja?? Arie ni cite tu bakal melabuhkan tirainya..
ari nie last episod..

So ada drama baru menggantikan Laila Manja..

KEKASIHKU PUYU.. haa amacam ok xtajuk dia..
SINOPSIS:

Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu kedalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

Sesudah 23 tahu berlalu, Fahmi yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu. Pada keesokan harinya, selepas memasukkan ikan itu kedalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik hanya boleh dilihat Fahmi seorang sahaja.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek berkahwin dengan Suriati yang mengamalkan ilmu untuk mengekalkan kecantikkannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuah Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahannya nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?
Kekasihku Puyu menampilkan lakonan hebat Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainudin, Mak Jah, Hafizuddin dan Rizal Ayub.

Wednesday, August 24, 2011

Nama2 Jepun Pilihan



Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

Yg bisu- KITA TADASUARA

Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE 

 Yg suka lagu blues- APO NADIKATO

Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI

 Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

 Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI

Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO

Tuesday, August 23, 2011

TEPAT dan PANTAS

join jugak..hii

Santai Bersama BEN ASHAARI
korang nak join???

KLIK BANNER tu naa

Tengok punya tengok..pusing sana sini...
macam balang kuih raya jaa..
hii


Monday, August 22, 2011

PEMENANAG FIRST GA KAD RAYA BY SYEEDA..


Haa kejap tak..biasalah semanagt nih!! hii mak syeeda nak menjahit pulak..tu yg ter express..
So kat sni dah ada pemenangnya..
nak tau tak??

Cik Beena amboi brgaya sakan dia ngan kotak cabutan bertuah nie noo

tadaa..ni lah 17 kertas cabutan semuanya..

patu mak syeeda pon mula lah mencabut 3 kertas undi..haha cam pilihanraya polak..

bila dah cabut, nilah 3 nama yg bertuah..maap xleh nak zoom

DAN PEMENANGNYA IALAH

v
v
v
v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


TAHNIAH!! Pada yg tak berjaya, lain kali syeeda wat lagi, InsyaAllah ada rezeki tu..cuma belum sampai masanya kan..
Terima kaseh sebab sudi join n support GA syeeda yg xseberapa..

P/S: Bagi Pemenag, sila emailkan NAMA PENUH & ALAMAT korang kat 
nursyeda89@gmail.com
selewat2nya ESOK MALAM..
sebab nak antaq kad raya sepantas kilat..hii


terima kaseh daun keladi, 
Ada masa sila join lagi..

Wasalam

FIRST GA KAD RAYA by SYEEDA

ENTRY MELEKAT SAMPAI 22hb..
post terbaru scroll bawah yer..time kaseh


Salam 17 Ramadan..Alhamdulillah puasa hari ni ok2 je..sempat lagi shopping raya semperna cuti Nuzul Quran arie nie..

Tetiba rasa pulak syeeda nak wat GIVEAWAY semperna nak sambut raya nie.Takut jugak tak dapat sambutan sebab ni FIRST GA syeeda..hii hope dapat la sambutan yg menggalakan yer..


SYARAT2 NAK JOIN:

  • Wajib follow blog INI dan jugak yg NI sebab diorg sponsor hadiah
  • Follow blog syeeda kalau sudi..kalau follow senang nak taw update GA nie kan..hii
  • Buat entry "FIRST GIVE KAD RAYA by SYEEDA", letakkan banner di atas dan link balik ke   blog syeeda 
  • Tinggalkan link entry korang kat ruangan komen bwh ni beserta ID follower korang erk..


senag jer kan kan (^_*)

HADIAH:

3 Kad Raya untuk 3 orang pemenang yg bakal dicabut oleh mak syeeda..kalau dpt sambutan menggalakan insyaAllah hadiah akan ditambah
maaf la hadiah tak seberapa ..bajet sikit jer..hii

TARIKH TUTUP : 

21 Ogos 2011 jam 11.59 malam
InsyaAllah pemenang akan diumumkan Selasa 23 Ogos ni..

Time Kaseh sudi join yer..
SALAM RAMADAN 1432H









Cabutan Peserta Bertuah Sebentar Lagi!!

hUjn lebat pulak ptg ni..memerap jela keja syeeda sementara tunggu semester bukak.. Tetiba angin malas datang ..pastu angin rajin pulak mai..ishk2

Ingat nak settlekan pasal GA syeeda hari ni gak...sebab nak masak untuk bbuka satgi..malam kalau rajin nak g trwih pulak..hii dah bape mlm tinggal trwih nih..ish2



ok sekali g syeeda updatedkan list peserta GA..jap g mak syeeda akn cabut sapa yg bertuah..hii
InsyaAllah kejap ja, syeeda umumkan pemenang yuk..


UPDATED!! PESERTA FIRST GIVEAWAY KAD RAYA BY SYEEDA

GA dah tamat...ni senarai peserta yg join..walaupon xramai tapi tetap meriah..time kaseh semua..


semuanya ada 17 peserta..ramai la tu bagi syeeda..hii 
Ok nantikan siapa yg bertuah dapat kad raya + contengan syeeda..tungguuu
syeeda xpakai random, t mak syeeda tolong cabutkn pemenang ya..tunggu taw..

wasalam..

FIRST GIVEAWAY KAD RAYA BY SYEEDA DITUTUP!!!

Slmt pagi...pagi?? yela dah pukol 12 tgh malam, ai xkan tengahari plak...

dengan rasminya syeeda nak tutup GA nie..terima kaseh wat semua yg join walaupon tak dapat sambutan yg menggalakkan..Kita belajar dari kesilapan..kan kan??


InsyaAllah esok malam @ selasa ni syeeda akan umumkan pemenanng yg bakal dapat kad raya+ contengan khas dari syeeda..hii

Ok Time kaseh semua
    

Saturday, August 20, 2011

Belajar Daripada PENSIL!!



Apa keistimewaan pensil sampaikan kita kena belajar daripada dia??

Jawapan dia, 
PENSIL ADA KUALITI HIDUP YG JIKA KITA AMALKAN PASTI HIDUP JADI LEBIH TENANG

1. PENSIL MENGINGATKAN KAMU UNTUK BERSYUKUR:
pensil tak gerak sendiri, tapi kena ada org yg tolong gerakkan dia iaitu manusia.. pgrkn manusia dibantu oleh kudrat yg dikurniakan Tuhan.. Tanpa kudrat kita xboleh buat apa2.. sebab tu kita harus bersyukur. Pensil mengajar kita tak mampu hidup sendiri tanpa ada bantuan..

2. PENSIL BAGI PELUANG MEMPERBAIKI KESILAPAN:
Bila menulis, kita kena berhenti menulis bila pensil kita tumpul dan kena asah dia bagi tajam.. masa diasah pensil akan rasa sakit..sama dgn keidupan kita..tak semudah yg kita harapkan.. kdgkala kita terpksa brhenti dan menghadapi pelbagai dugaan, penderitaan. tapi jgn kita cepat mengalah..berusaha baiki kelemahan tu, pasti akn dtg kejayaan..

Selain tu semasa menuis pasti ada kesilapan, maka digunakan PEMADAM... Ia mengajar kita bhwa buat kesilapan bukanlah perkara yg memalukan dan harus dikesali. Belajar lah dari kesilapan tu..Ia byk membantu kita

3. TULISAN YG CANTIK DIPENGARUHI OLEH APA YG ADA DI DALAM PENSIL, BUKAN BAHAGIAN LUARNYA:
utk pastikan tulisan cantik dan jelas, yg paling penting adalah kualiti karbon yg terkandung dlm pensil tersebut, dan bukan bergantung pada fizikal pensil tu.. sama dgn manusia, kecantikan seseorg itu adalah dari hatinya, bukan dari fizikalnya..

4. PENSIL SELALU MENINGGALKAN TANDA:
Tulisan yg salah dan dipadam akn meninggalkan kesan/tanda.. dalam kehidupan, kita harus sedar apapun yg dibuat di dunia ni akn tinggalkan kesan.. Jadi, sebelum buat sesuatu tu, fikir dahulu semasak-masaknya..kerna ia akan mendatangkan kesan di kemudian hari..

UPDATE!! Peserta GA Kad Raya by Syeeda

Salam Sabtu semua..
Hari ni tak cuti ke semua..satu pagi syeeda ngemas umah..penat jugak, nasib tak panas rinie..

petang2 camni bowink plak..

NI LIST PESERTA YG JOIN GA SYEEDA :


kalau ada apa2 masalah atau kesilapan, tinggalkan komen kat bwh erk..

bagi yg belum join, masih ada masa lagi sampai malam esok.

TARIKH TUTUP:
21 OGOS 2011 11.59 PM

TQ sudi join

Wednesday, August 17, 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

join jugak

KLIK BANNER TAW..

Nama Panggilan Blogger: Syeeda Saniey
Tarikh Mula Berblog: February 2011
Rakan Blogger Terkini: 193 
Target Tambah Rakan Blogger: Sebanyak yg mungkin..boleh eratkan silaturrahim sesama kita kan..

Nuzul al-Quran

17 Ramadan..


Nuzul perkataan arab yg bermaksud penurunan..maka Nuzul al-Quran dapat diertikan sebagai penurunan al-Quran kepada Rasulullah SAW sebagai petujuk kepada umat manusia sejagat.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. 
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq ys bermaksud

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sesungguhya jgnlah kita lupa akan peristiwa turunnya al-Quran ini...marilah sama2 kita tingkatkan pembacaan al-Quran..

Tuesday, August 16, 2011

Kenapa Orang Suka Mengumpat??

Slmt petang lagi skali..Entry syeeda ni kesinambungan kat entry nie..

ehsan pak cik Google

Mengumapat dapat diertikan sebagai menceritakan keburukan org lain walaupun ia benar..so awat depa dok tangkap cintan ngan cik Umpat ni?? jom pakai mai tengok kat sini..

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 6 sebab pasai apa org dok suka ngumpat ni:

1. Ingin puaskan hati disebabkan kemarahan memuncak samapi sanggup dedahkan keaiban dan kesalahan org lain. Bila kemarahan tu tak dpt dikawal maka akan timbul perasaan hasad dengki dan dendam.- 

2. Suka mengikut dan mendengar perbualan rakan yang menyerang peribadi dan kehormatan org lain.

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dgn menganggap org lain bodoh dan hanya dia yg pandai..

4. Kerana dengki, ia merasa iri hati dgn org lain yg lebih beruntung dan berjaya daripadanya.

5. Bergurau dan suka melawak utk mencela dan megata sesuatu mengenai kelemahan dan kecatatan org lain.

6. Sikap yg suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah pada org lain.

DOSA MENGUMPAT:

tidak akan diampunkan oleh Allah walaupun pelakunya bertaubat. Sedangkan dia perlu memohon ampun kepada org yg diumpatnya kerana hanya mereka dapat mengampunkan si pengumpat.

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 
ayat 12)

wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...