PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, August 12, 2011

Anak Lelaki Chef Wan Ingin Lamar Ana Dahlia


Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.

“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,”

Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.Katanya, Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak.

Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef.

kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka.

Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih.
Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal.
“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” ujarnya.
sumber: mStar 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...